IIUM Repository

Kembalikan kesantunan (Reboot Politeness):modul dan pengisian program kesantunan di IPT

Johari, Arina and Mokhtar, Nor Zainiyah Norita and Muhammad Saad, Al-Fateh and Mohd. Ismath, Nurul Hanilah and Ismail, Mohamad Zuber and Ahmad, Siti Yuliandi (2021) Kembalikan kesantunan (Reboot Politeness):modul dan pengisian program kesantunan di IPT. PBE ONE STOP CENTRE (PG0451573-V), Kedah, Malaysia. ISBN 978-967-25854-0-4

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (5MB) | Preview

Abstract

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya buku tentang usaha membugar kembali nilai kesantunan dalam diri masyarakat secara umumnya dan mahasiswa IPT khususnya ini dapat diterbitkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pihak Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Quran Hour dan Rumah Ngaji kerana telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam pengendalian program bertemakan “Kembalikan Kesantunan (Reboot Politeness) Menuju Keharmonian Malaysia dan Global” di peringkat IPT pada 23 November 2019 lalu, bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Hub Pendidikan Tinggi Pagoh. Program ini merupakan hasil inisiatif tenaga pengajar, iaitu saya dan rakan-rakan serta para pelajar yang mengambil kursus BMCO 3102 Kesantunan Bahasa, BMCO 2107 Pragmatik dan Wacana; ENCO 3102 Semantics dan ARCO 2101 Intercutural Communication pada Semester 1 2019/2020 sebagai memenuhi keperluan penilaian kursus (projek) masing-masing. Besar harapan saya agar penulisan yang menggarap dan memaparkan sepenuhnya pesan-pesan kesantunan daripada tetamu undangan yang bukan calang-calang orangnya seperti Dato’ Dr. Nooh Bin Gadot merangkap Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Ustaz Fazrul Ismail - Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Saudara Akhmal Hakim Mohamad - wakil pelajar tahun akhir Kuliah Bahasa dan Pengurusan, UIAM dan Saudara Afiq Ismail - wakil anak muda (Social Media Influencer). Buku ini juga cuba mengetengahkan modul pengisian program kesantunan berlandasan al-Quran dan Sunnah yang boleh dilaksanakan di mana- mana IPT dalam usaha mendorong kesedaran dan perubahan sikap serta nilai diri mahasiswa/masyarakat yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam kasus ini. Semoga penulisan buku ini akan dapat menambah pengetahuan dalam kalangan pelajar yang bakal mengambil kursus yang terlibatsecara khususnya, mahupun pelajar IPT lain secara amnya yang sekali gus akan dapat menyemai semangat dalam mengembalikan nilai murni yang semakin sirna dalam kalangan masyarakat kita hari ini berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Item Type: Book
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 07 Sep 2021 09:38
Last Modified: 07 Sep 2021 09:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/92010

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year