IIUM Repository

Pengelasan Gerak Bukan Ruang Berdasarkan Teori Struktur Konseptual

Rosly, Nurul Jamilah and Johari, Arina and Hj. Nahar, Nora' Azian (2021) Pengelasan Gerak Bukan Ruang Berdasarkan Teori Struktur Konseptual. In: PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU (RENTAS) 2021, 2-3 June 2021, UUM.

[img]
Preview
PDF (E-Proceeding) - Published Version
Download (10MB) | Preview

Abstract

Pengelasan gerak serta memahami makna gerak merupakan suatu usaha yang sukar. Lazimnya, gerak dikaitkan dengan perbuatan atau tindakan yang ditunjukkan melalui kata kerja. Walau bagaimanapun, gerak juga boleh berlaku dalam bentuk yang abstrak. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menunjukkan gerak dan makna gerak berdasarkan representasi struktur konseptual dan struktur sintaksisnya. Kajian ini menggunakan sepenuhnya Teori Struktur Konseptual (TSK). Teori Struktur Konseptual merupakan teori yang menjelaskan representasi gerak secara abstrak berdasarkan set kategori ontologi dalam konstituen. Data kajian menggunakan janaan konkordons dalam Pangkalan Data Korpus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makna gerak bukan ruang (GBR) terdiri daripada gerak bukan ruang bersifat masa, gerak bukan ruang bersifat pemilikan, gerak bukan ruang bersifat keadaan dan gerak bukan ruang bersifat kewujudan. Hasil dapatan menunjukkan, kehadiran kata kerja gerak bukan ruang iaitu diadakan, milik, simpan dan wujud direpresentasikan dalam rumus struktur konseptual iaitu Fungsi [KEADAAN] yang membawa rumus MENJADI [x, y]. Pemetaan struktur konseptual ini juga dihubungan dalam peranan tematik yang melibatkan Tema, Matlamat, Aktor, Lokasi dan Objek Rujukan. Sehubungan itu, kajian ini telah menunjukkan operasi organisasi teori struktur konseptual secara bersistematik dan berpada.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: gerak bukan ruang, struktur konseptual, leksikal dan tematik.
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 08 Sep 2021 14:02
Last Modified: 08 Sep 2021 14:02
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91979

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year