IIUM Repository

Konflik di antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai sumber pinjaman perkataan ke dalam Bahasa Melayu : isu dan sorotan

Abd. Rahman, Akmal Khuzairy (2019) Konflik di antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai sumber pinjaman perkataan ke dalam Bahasa Melayu : isu dan sorotan. In: Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-17 (PPA17) 2019, 20th-22nd August 2019, Putrajaya.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan Islam di Nusantara telah melihat berkembangnya pengaruh Bahasa Arab samada dari segi penggunaan tulisan jawi ataupun kemasukan kosa kata Arab melalui kaedah pinjaman ke dalam bahasa Melayu. Namun apabila pengaruh kolonial Inggeris melalui usaha kesarjanaan, dakwah Kristian, sistem pendidikan dan politiknya sedikit demi sedikit menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang dilihat lebih berpresti, peranan Bahasa Arab selama tempoh Islamisasi berlaku mula mendapat saingan dan lahirlah konflik yang berkaitan peminjaman perkataan. Kertas ini bertujuan membincangkan isu-isu yang timbul sekitar kaedah pinjaman ke dalam bahasa Melayu daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab serta kesannya kepada usaha peminjaman perkataan Arab. Kajian ini akan menjelaskan hala tuju perkataan pinjaman Arab sepanjang era pra-moden dan pra kemerdekaan seterusnya kepada keadaan semasa Malaysia Di antara rumusan kajian ialah: perkataan pinjaman Arab dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada penggunaannya. Kesan kesarjanaan, dakwah Kristian, pendidikan dan politik telah menjadikan dasar penjajah yagn mesra Bahasa Melayu seterusnya membuka ruang kepada peminjaman perkataan yang lebih banyak daripada Bahasa Inggeris. Kata pinjaman Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu menjadi lebih ekslusif digunakan dalam wacana Islam, manakala kata pinjaman Inggeris menjadi lebih meluas skopnya. Keadaan ini membawa kepada beberapa sikap berbeza dalam kalangan penutur terhadap kaedah peminjaman dalam wacana mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 2269/76622
Uncontrolled Keywords: Konflik, Bahasa Melayu, Peminjaman, Kata Pinjaman Arab Islam, Kesan
Subjects: P Language and Literature > PE English
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman
Date Deposited: 24 Dec 2019 16:07
Last Modified: 23 May 2022 11:45
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/76622

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year