IIUM Repository

PENAMBAHBAIKAN RANCANGAN AL-ARABIYYAH FI AL-RADIO MELALUI PENGGUNAAN LIVE VIDEO DALAM FACEBOOK®

Nasir, Mohd Shahrizal and Sahrir, Muhammad Sabri and Yahaya, Mohd Firdaus (2019) PENAMBAHBAIKAN RANCANGAN AL-ARABIYYAH FI AL-RADIO MELALUI PENGGUNAAN LIVE VIDEO DALAM FACEBOOK®. Jurnal Kesidang, 4 (1). pp. 109-119. ISSN 2550-1674 E-ISSN 2600-7851

[img]
Preview
PDF
Download (527kB) | Preview

Abstract

Pemanfaatan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab merupakan satu keperluan sejajar dengan kemajuan masa kini. Rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio merupakan satu medium pembelajaran bahasa Arab melalui radio untuk orang awam. Makalah ini membincangkan proses penambahbaikan yang telah dilakukan dalam rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio dengan pemanfaatan media sosial Facebook®. Realitinya, perkembangan Facebook® telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh pelosok dunia. Berdasarkan dapatan kajian lepas, beberapa respons pendengar telah diambil kira untuk tujuan penambahbaikan rancangan. Makalah ini menyenaraikan beberapa penambahbaikan yang dilakukan khususnya menerusi kemudahan Live Video dalam Facebook®. Kesimpulannya, penambahbaikan rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio dapat dilakukan mengikut saranan pendengar dengan memanfaatkan kemudahan yang disediakan dalam Facebook®. Oleh itu, diharapkan rancangan ini dapat terus memberi manfaat kepada para pendengar setelah usaha penambahbaikan dilakukan selaras dengan respons pendengar.

Item Type: Article (Journal)
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 22 Nov 2019 17:29
Last Modified: 04 Aug 2021 11:59
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/76334

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year