Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah (2017) Bahasa dan tamadun manusia- Adam a.s hingga Muhammad SAW. LY2017000437.
PDF
- Submitted Version
Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Hakikatnya perbincangan Bahasa purba di kawasan Mesopotamia masih lagi kurang pendedahan. Dunia Islam terlalu kurang mengkaji sejarah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kebanyakkan dari Dunia Islam lebih berfokus terhadap sejarah Islam sesudah kewafatan Nabi Muhammad SAW. Padahal unsur asasi tentang Islam itu terdapat di alam sebelum kelahiran Rasusullah SAW. Akibat dari itu maka kita telah menyediakan ruang yang besar kepada mereka yang bukan Islam meneroka alam yang sepatutnya diketuai oleh Dunia Islam. Untuk mengetahui alam para anbiya` dengan berdasarkan kajian saintifik terhadap Bahasa, politik, sosial dan masyarakat amat perlu. Penulis melihat kajian agama tanpa disusuli sejarah dan perkembangan kemanusiaan tidak dapat dijadikan hujjah yang kuat di alam akademik. Justeru itu, buku ini cuba menyingkap beberapa isu yang penulis merasakan ia amat penting untuk diterokai. Isu Bahasa dan revolusinya merupakan asas pembentukkan perbincangan buku ini. Permulaan yang agak berat di mana penulis mengemukakan penemuan kajian terhadap batu bersurat Epik Gigalmesh yang tidak diiktiraf oleh barat sebagai penulisan tertua yang dijumpai di Mesopotamia yang bertarikh 4000 sebelum masihi. Batu bersurat ini merupakan batu bersurat yang paling lengkap pernah dijumpai oleh ahli arkeologi. Ia mempunyai dua belas tablet, di mana tablet yang ke sebelas menceritakan tentang banjir besar seperti yang diceritakan dalam perjanjian lama dalam surah kejadian. Penggunaan bahasa yang ditulis adalah bahasa Akkadi yang menggunakan tulisan Mismariyyah, telah mengundang beberapa kajian yang khusus di barat terutamanya. Hasilnya mereka telah memecahkan sektor-sektor penemuan batu bersurat ini kepada penemuan yang lain di mana mereka mendakwa batu ini terdapat bahagian yang ditulis dalam Bahasa Sumeria. Penulis tidak berminat untuk mengkaji kenyataan ini memandangkan penulis berpendapat orang Sumeria itu sendiri berasal dari Mesopotamia dan bukan dari Eropah seperti yang didakwa. Penulis melihat perkataan Sumeria ini berasal dari perkataan Mismariyyah, apabila melalui proses perubahan bunyi dan data suffix atau prefix maka terbentuklah perkataan Sumeria ini. Kenapa sesetengah pihak cuba menyembuyikan sesuatu dari batu bersurat ini? Andaian yang penulis ingin kongsikan berkemungkinan besar kerana batu bersurat ini ditulis di dalam Bahasa Semitik iaitu Bahasa Akkadi. Menurut bekas kurator museum Baghdad dan juga seorang profesor bahasa purba Iraq Profesor Taha Baqir berpendapat bahawa batu bersurat ini mempunyai laras Bahasa Arab kerana apabila diterjemah ke Bahasa tersebut ia mengambil masa yang cepat. Selain itu kemungkinan maklumat yang terdapat di batu ini cuba mendedahkan maklumat di dalam perjanjian lama. Bertitik tolak dari kajian terhadap penulisan dan maklumat dari batu bersurat yang masih lagi dipamerkan di Muzeum British ini, sejarah Bahasa di alam purba Mesopotamia cuba dibongkar oleh pakar-pakar sejarah Bahasa, ahli arkeologi, geologi, dan juga ahli falsafah. Maka penemuan batu-batu bersurat seterusnya seolah-olah telah menjadi medan juang bagi ahli akademik yang jelas tujuannya kerana `hanya jauhari kenal manikam`. Namun kebanyakan ahli akademik ini tergolong dari mereka yang bukan berasal dari Dunia Islam walaupun tempat kajian ini berada di Dunia Islam. Di sini mungkin dapat dibuat andaian bahawa maklumat dari catatan mungkin agak berat sebelah. Justeru kebanyakan maklumat mengatakan bahawa tanah Arab dan para anbiya` ini pada asalnya dimiliki oleh golongan Yahudi adalah tidak tepat. Hakikatnya sejarah Mesopotamia ini telah diubah, itu tidak dapat disangkal lagi. Penemuan batu bersurat dalam tulisan Babylon iaitu Kod Hamurabbi –yang masih dipamerkan di museum Louvre, Paris juga telah memberi petanda bahawa tulisan yang digunakan masih lagi mempunyai kesan pemikiran dari penulisan batu yang pertama dari segi bentuk dan susunannya. Seterusnya Batu-batu bersurat di dalam tulisan Assyuria, Kan`an, Phoenic, Aramaik, dan selainnya telah memberi panduan kepada kita betapa tamadun purba Mesopotamia merupakan tamadun yang hebat. Selain dari itu, buku ini juga telah meneroka alam genealogi manusia. Didapati bahawa banyak nama-nama kabilah Arab yang muncul sebelum `Ad dan Thamud telah dibuang dari peta genealogi Taurat ketika ia menceritakan tentang keturunan Nabi Nuh a.s. Di antara nama anak-anak `Aram` (cucu Nabi Nuh a.s) yang telah dihilangkan atau ditukar kedudukkannya atau lebih dikenali oleh ahli sejarah bahasa sebagai `al-Arab al-Baidah al-Ula`(The First Lost Arab) iaitu generasi asal kabilah `Ad dan Thamud `al-Arab al-baidah`(The Lost Arab). Untuk meneliti Bahasa purba Iraq ini, penulis cuba meneroka alam `kod Hamurabbi` yang masyhur itu, ia dikatakan menyerupai `kod Musa` sehingga menyebabkan sesetengah ahli sejarah bahasa mengeluarkan teori bahawa `kod Musa` adalah hasil jelmaan dari `kod Hamurabbi` yang telah ditulis 800 tahun sebelumnya. Jika ini benar, maka telah terbukti sekali lagi bahawa ahli-ahli pendeta Yahudi telah menulis sendiri Taurat dengan mengambil maklumat dari `kod Hamurabbi` tanpa memberitahu rujukannya yang sebenar! Teori ini ada benarnya, kerana dikatakan bahawa batu yang tertulis di atasnya `kod Musa` yang sebenar itu telah dihancurkan sendiri oleh Nabi Musa a.s setelah baginda turun dari bukit Tursina, akibat terlalu marah akan kaumnya yang sedang menyembah sapi emas. Walaupun ada setengah pendapat mengatakan bahawa ia masih ada dan masih boleh digunakan apabila serpihan-serpihan batu itu dicantumkan semula, namun, peristiwa di mana Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya tersesat di padang Tih ketika dalam perjalanan ke Palestin selama 40 tahun, serta perang yang sentiasa tercetus pada ketika itu telah meningkatkan kemungkinan bahawa batu yang tertulis di atasnya `kod Musa` itu telah musnah. Selain itu, buku ini juga turut membincangkan bahasa yang dipertuturkan oleh Nabi Musa a.s dan bahasa digunakan dalam tulisan `kod Musa`. Perbincangan ini penting memandangkan ahli-ahli bahasa barat telah mendakwa bahawa bahasa Aramaik merupakan `lingua franca` di antara kurun ketujuh belas sebelum masihi sehingga kurun pertama sebelum masihi. Namun bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan bahawa bahasa asal yang digunakan di dalam Taurat dan Injil itu adalah bahasa Hebrew? Di sini terdapat satu teori, iaitu pendeta-pendeta Yahudi pada ketika itu telah mencampur adukkan bahasa Hebrew ke dalam bahasa Aramaik, Kan`an dan bahasa Assyur ke dalam tulisan mereka di dalam Taurat atau perjanjian lama. Di mana tulisan Bahasa-bahasa ini juga dikenali sebagai `Phonecian Text `. Pihak pendeta-pendeta Yahudi telah menggunakan bentuk penulisan skrip yang berbentuk empat segi dan seterusnya mendakwa jenis tulisan berbentuk bongkahan ini adalah milik mereka. Hanya dengan mengubah beberapa bentuk dan bunyi maka ia telah menjadi milik bangsa Yahudi. Padahal ia milik bangsa Kan`an, Phoenic, Asyur dan Aram. Sesungguhnya perbincangan bahasa dan perubahan tulisan merupakan cerita asas dalam buku ini yang bersandarkan kepada `case study` melalui kisah-kisah para nabi dan bukti bertulis di atas batu-batu bersurat seperti Epik Gilgamesh dan Kod Hamurabi. Perbincangan kemudiannya diteruskan lagi dengan huraian tentang hubungan antara Negara Palestin dengan bangsa Greek, iaitu dipercayai bahawa tulisan Greek pada awalnya ditulis dari kanan ke kiri, hasil pengaruh bahasa Phoenic (Bahasa Semitik barat), sebelum mereka menukarkannya dari kiri ke kanan. Begitu juga kebersamaan yang didapati pada teknik-teknik penulisan syair Iliad dan Oddesy yang dikarang oleh Homer pada tahun 750 sebelum Masihi dengan syair –syair Arab, antaranya pada rima syair tersebut menunjukkan bahawa ia tidak ditulis bahkan hanya dihafal. Selain itu buku ini juga turut menyentuh kerajaan-kerajaan yang kurang diketengahkan di dalam sejarah purba seperti kerajaan Aram, kerajaan Hamurabi, kerajaan Assyuria, kerajaan Nabaten, kerajaan Qaidar, kerajaan Ghasasanah, Hadramaut dan kerajaan Palmyra yang seterusnya membawa kepada penemuan nama-nama keturunan raja-raja Arab yang hebat, di antaranya seorang raja perempuan yang bernama Zenobia atau sesetengah pakar sejarah bahasa mengatakan namanya الزباء yang terkenal dengan kebijaksanaan dalam mentadbir negara dan menguasai pelbagai bahasa asing termasuk Greek dan Latin. Dalil-dalil yang terdapat pada batu-batu bersurat telah menjadi sumber sejarah yang penting yang telah ditonjolkan di dalam buku ini untuk mengukuhkan lagi penceritaan, contohnya batu bersurat Imru` al-Qais dan Ummu Jamal yang telah digunakan sebagai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa evolusi tulisan Arab telah bermula semenjak sekian lama. Ahli sejarah bahasa mempercayai bahawa evolusi tulisan dan perkataan sesebuah bahasa berlaku seiring dengan perubahan pemikiran bangsa dan umat ketika itu. Kenyataan ini seterusnya membawa kepada perbincangan tentang isu `Kalimah Allah` serta sejarah tulisannya. Hakikatnya, kitab-kitab suci yang telah diturunkan seperti al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur telah menggunakan bahasa yang sesuai dengan kekuatan pemikiran Ummat yang diturunkan kepadanya. Wallahualam. Sekian
Actions (login required)
View Item |