IIUM Repository

Keberkesanan kit maya mari memintal dwibahasa dalam kalangan murid normal dan murid pendidikan khas

Nazir, Faridah (2019) Keberkesanan kit maya mari memintal dwibahasa dalam kalangan murid normal dan murid pendidikan khas. In: Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Kedua 2019 (SAPBaSBuM 2 2019), 25th-26th March 2019, Frankfurt, Germany.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Aktiviti pemintal lidah atau tongue twister mengandungi susunan perkataan, frasa atau ayat yang hampir sama sebutannya. Penutur perlu membaca perkataan dengan bunyi yang hampir sama tersebut secara pantas. Hal ini biasanya akan menyebabkan penutur mengalami kesukaran untuk menyebut susunan perkataan dalam ayat yang dikemukakan hingga terpaksa memberhentikan bacaan atau sebutan. Walaupun demikian, pemintal lidah merupakan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu murid-murid meningkatkan kebolehan artikulasi dan sebutan. Maka, Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa ini telah dihasilkan untuk membantu murid-murid atau sesiapa sahaja untuk menyebut perkataan ketika bertutur dan membaca sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Selain itu, Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa ini juga, membolehkan penggunanya menulis ayat -ayat pemintal lidah masingmasing. Hal ini disebabkan oleh, selain ayat-ayat pemintal lidah sedia ada, kit ini juga memberi panduan dan sumber untuk menghasilkan ayat -ayat pemintal lidah sendiri. Inovasi ini bersifat mesra pengguna kerana sesiapa sahaja boleh menggunakannya untuk aktiviti pemintal lidah atau membina ayat-ayat pemintal lidah sendiri. Kit ini juga boleh digunakan di peringkat antarabangsa kerana disediakan dalam dua bahasa utama, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sumber dan aktiviti pemintal lidah yang terdapat dalam kit ini juga adalah terdiri daripada bahan dalam talian dan luar talian, iaitu boleh digunakan dengan atau tanpa internet. Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa ini juga membolehkan murid, guru dan masyarakat umum melakukan aktiviti pemintal lidah di samping berpeluang menghasilkan pula bahan pemintal lidah sendiri secara menyeronokkan di manamana sahaja mereka berada. Kit ini telah digunakan di beberapa buah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam. Dapatan menunjukkan bahawa, kit ini telah membantu murid-murid di sekolah rendah yang normal untuk bertutur dengan lebih lancar. Di samping itu, murid-murid sekolah menengah pendidikan khas yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan pula, menunjukkan usaha untuk bertutur dan seronok semasa menggunakan kit ini

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 8640/71702
Uncontrolled Keywords: Pemintal lidah; Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa; bahan dalam talian; bahan luar talian; mesra pengguna
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Ac Prof Dr Faridah Nazir
Date Deposited: 22 Apr 2019 08:57
Last Modified: 22 Apr 2019 08:58
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/71702

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year