IIUM Repository

Umat Islam dan Barat dilemma langkah dan tindak balas

Nabhan, Kahlan and Ahmad H.Osman, Rahmah and Abd. Rahman, Akmal Khuzairy (2018) Umat Islam dan Barat dilemma langkah dan tindak balas. ذاكرة عمان, Sultanate of Oman, Muscat. ISBN 978-9933-29-498-4

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (3MB) | Preview
Official URL: http://www.thaoman.com/

Abstract

Belum sempat dunia Islam menghela nafas lega selepas tamatnya era penjajahan di tanah air mereka pada separuh kedua abad ke 20, dunia barat telahpun memikirkan satu cara lain yang dapat mengembalikan kewujudan mereka di dunia Islam yang tenang itu dengan memulakan pencerobohan budaya, pemikiran dan beberapa pendekatan yang lainnya. Yang paling penting di antara pendekatan tersebut pada waktu mutakhir ini ialah provokasi media yang muncul dalam pelbagai format. Percubaan untuk mencetuskan provokasi dunia Islam ini adalah banyak sekali, namun, malang sekali, ia telahpun melampaui batasannnya apabila beberapa media barat menyebarkan lukisan tentang Baginda SAW yang menggambarkannya dengan gambaran yang amat tidak sesuai. Dunia barat tentunya tidak sama sekali menjangkakan yang dunia Islam akan berdiam diri menghadapi provokasi berat yang sedemikian, kerana mereka tentunya menjangkakan satu demonstrasi besar-besaran yang akan membawa kepada kucar kacir akan tercetus di dunia Islam; dan inilah yang berlaku sebenarnya. Ini adalah kerana mereka akan menjalankan satu kaji selidik dalam kalangan orang Islam sebelum mereka melancarkan apa-apa tindakan provokasi. Ini adalah kerana orang Islam – pada ketika ini khususnya- sedang merasakan satu semangat yang tinggi, kerana bendera-bendera kebangkitan sedang berkibar dalam kalangan mereka dan amat menarik perhatian; jumlah mereka di dunia barat juga terus bertambah dengan jelas. Ini adalah kerana jaminan untuk menjayakan tindakan provokasi ini ialah wujudnya jaringan-jaringan perhubungan sosial yang akan menularkan mesej ini dengan secepat mungkin, ditambah lagi dengan adanya saluran-saluran satelit khusus yang banyak terdapat di dunia Islam yang membolehkannya untuk membuat liputan tentang apa sahaja bentuk respon yang akan berlaku jika tindakan provokasi itu tercetus.

Item Type: Book
Additional Information: 1537/69930 Call no: fp BPD 724 A45165 2018
Uncontrolled Keywords: Umat Islam; Barat; Dilema; Langkah; Tindak Balas.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H51 History
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: PROF. DR. RAHMAH BT AHMAD H. OSMAN
Date Deposited: 29 Jan 2019 15:45
Last Modified: 18 Aug 2020 08:50
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/69930

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year