IIUM Repository

Perubatan Nabi: kefahaman terhadap Sunnah dan praktis perawat

Ramli, Kasim and Yusoff, Sofia Hayati (2018) Perubatan Nabi: kefahaman terhadap Sunnah dan praktis perawat. In: Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam Ke 5 (SeIPTI 2018), 25th-26th Nov 2018, Nilai, Negeri Sembilan.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Setiap insan pasti mengalami sakit. Pesakit perlukan rawatan. Lazimnya perawat merawat pesakit berasaskan kepercayaan, ilmu, tradisi dan persekitaran. Nabi Muhammad s.a.w telah mengamalkan beberapa teknik rawatan untuk merawat diri sendiri, ahli keluarga dan para sahabat. Beliau juga telah memberi tunjuk ajar serta menggalakkan mereka menuruti sunnah baginda bila merawat. Antara aneka teknik rawatan baginda s.a.w. ialah ayat al-quran, doa, hembus, sentuh termasuk penggunaan bahan-bahan perubatan seperti air, buah-buahan, herba dan lain-lain. Para ilmuwan khasnya al-Muhaddithun yakini bahawa barakah merupakan elemen penting pesakit beransur pulih dan sembuh. Pelbagai teknik ini mengandungi unsur kerohanian, psikologi, dan nilai tempatan yang secucuk dengan pesakit. Kajian ini bertujuan 1) meneliti keberkesanan rawatan nabawi terhadap pesakit 2) menyatakan kewujudan teknik rawatan yang lebih mesra jiwa, lebih selamat dan lebih jimat berbanding ubat berasaskan kimia dan dadah 3) mengenalpasti sesetengah institusi perubatan di Malaysia yang masih mengamalkan legasi nabawi ini dalam era kemajuan perubatan moden. 4) menyatakan bahawa sebahagian kaedah ini tertakluk kepada kajian dan ujian yang sesuai dengan kehendak persekitaran, peredaran zaman ramuan perubatan. Kajian ini berdasarkan pengalaman khidmat rawatan oleh pengkaji sendiri dan penglibatan beliau dengan persatuan perubatan Islam ternama dalam negara. Kata kunci: Hadith Nabi, institusi perubatan, kerohanian, psikologi

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 3197/69191
Uncontrolled Keywords: Hadith Nabi, institusi perubatan, kerohanian, psikologi.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
R Medicine > R Medicine (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Foundation Studies
Depositing User: Dr Kasim Ramli
Date Deposited: 21 Feb 2019 15:30
Last Modified: 21 Feb 2019 15:30
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/69191

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year