IIUM Repository

Algoritma sebagai teknik penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Nazir, Faridah (2018) Algoritma sebagai teknik penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa (SPPA) 2018, 8th Nov. 2018, Seremban, Negeri Sembilan.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Kajian telah dijalankan dalam kalangan 32 orang murid tahun 4 di sebuah sekolah rendah derah Seremban. Guru telah mengajar murid mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan program scratch. Tema pengajaran dan pembelajaran guru ialah pertanian, manakala tajuknya ialah produk makanan daripada pertanian. Pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai objektif agar murid-murid dapat menyusun perkataan menjadi ayat dasar yang gramatis berdasarkan program sctratch. Murid-murid juga diminta menulis satu resepi kek menggunakan teknik algoritma, iaitu satu siri arahan yang terdapat dalam program scratch. Algoritma yang digunakan adalah terdiri daripada lima arahan, iaitu (i) mengayak tepung; (ii) menggaulkan gula, mentega dan telur dengan mesin hingga kembang; (iii) mencampurkan tepung penaik dan campuran buah-buahan kering ke dalam tepung gandum; (iv) adunan tepung gandum dan buah-buahan kering dicampurkan dengan adunan gula, mentega dan telur; dan (v) membakar adunan kek selama 45 minit hingga 1 jam. Pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan algoritma ini telah dijalankan dalam lima langkah, iaitu set induksi; langkah 1; langkah 2; langkah 3; dan pengayaan dan pemulihan. Akan tetapi, didapati bahawa, kesemua murid telah memahami konsep algoritma yang diajarkan dan tidak memerlukan aktiviti pemulihan. Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa, konsep algoritma tentang cara menyediakan kek melalui program scratch, telah dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid. Murid-murid juga amat teruja dengan teknik algoritma dan program scratch yang dihasilkan. Mereka kekal fokus sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dan perkara ini menunjukkan bahawa, penggunaan algoritma dan program scratch adalah jauh lebih baik daripada kaedah konvensional yang digunakan oleh guru di bilik darjah untuk mengajar Bahasa Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech/Talk)
Additional Information: 8640/68422
Uncontrolled Keywords: Program scratch; Algoritma; Ayat dasar; Gramatis; Arahan
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Associate Profesor Dr. Faridah Nazir
Date Deposited: 13 Dec 2018 13:35
Last Modified: 13 Dec 2018 13:35
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/68422

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year