IIUM Repository (IREP)

Peranan dan sumbangan ulama' Islah terhadap masyarakat di Tanah Melayu

Zakariya, Hafiz (2018) Peranan dan sumbangan ulama' Islah terhadap masyarakat di Tanah Melayu. In: Nadwah Ulama Nusantara VIII 2018, 23rd-25th Oct. 2018, Kuching, Sarawak.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

‘Ulama dan cendekiawan yang terlibat dalam usaha-usaha Islah di Tanah Melayu dikenali sebagai Kaum Muda. Kemunculan mereka pada awal abad dua puluh mencabar status quo dan institusi-institusi keagamaan dan pemerintahan yang sedia ada. Ini mencetuskan kontroversi dan ketegangan antara golongan Islah dan dan institusi-institusi yang sedia ada. Justeru itu sebahagian masyarakat mencurigai kehadiran dan peranan mereka dalam masyarakat. Ini ekoran pegangan mereka yang kontroversi terutamanya dalam isu fiqh yang tidak berpegang kepada mazhab Shafi’i yang diikuti oleh majoriti umat Islam bukan sahaja di Tanah Melayu bahkan di Nusantara seluruhnya. Dalam arus kontroversi sebegitu, sumbangan mereka mungkin tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan sebahagian daripada peranan dan sumbangan gerakan Islah terhadap masyarakat di Tanah Melayu. Terdapat penulis yang menyatakan golongan Islah gagal dalam dalam misi mereka di Tanah Melayu, kajian ini meneliti danmenghalusi semula sumbangan gerakan Islah di Tanah Melayu terutamanya dengan mengambil kira sumbangan jangka panjang terhadap perkembangan masyarakat di Tanah Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Additional Information: 1984/67098
Uncontrolled Keywords: Islah di Malaysia; Ulama dan sumbangan; Islam di Tanah Melayu
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP160 General works on Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.6 Islam and the state
D History General and Old World > D History (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: Dr Hafiz Zakariya
Date Deposited: 30 Oct 2018 11:08
Last Modified: 30 Oct 2018 11:08
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/67098

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year