IIUM Repository

Peranan media dalam memberi kefahaman ke atas kepentingan zakat pendapatan sebagai alternatif kepada cukai pendapatan: kajian ke atas kakitangan kerajaan

Yusoff, Sofia Hayati and Hussin, Rosninawati and Kasmani, Mohd Faizal and Ramli, Kasim (2018) Peranan media dalam memberi kefahaman ke atas kepentingan zakat pendapatan sebagai alternatif kepada cukai pendapatan: kajian ke atas kakitangan kerajaan. In: International Conference on Islamic Higher Education Towards Sustainable Society (SeIPTI) 2018, 27th-28th March 2017, Fatoni University, Thailand.

This is the latest version of this item.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Perlaksanaan kewajipan melunaskan pembayaran zakat ke atas orang Islam adalah sama sebagaimana kefarduan solat. Di Malaysia, zakat pendapatan dilihat sebagai penyumbang terbesar kepada punca zakat berbanding jenis-jenis zakat yang lain (Hairunnizam, Sanep & Mohd. Ali, 2007). Akan tetapi, sehingga hari ini kesedaran ke atas tuntutan membayar zakat pendapatan itu tidak berlaku secara menyeluruh. Kajian lepas menunjukkan majoriti penjawat awam masih memilih potongan gaji berjadual untuk pembayaran cukai pendapatan berbanding zakat pendapatan (Hairunnizam et. al, 2007). Justeru, penyelidik telah memilih untuk mengkaji sejauh mana media di Malaysia memainkan peranan dalam memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia mengenai kepentingan zakat pendapatan sebagai alternatif kepada cukai pendapatan. Kajian yang dijalankan secara kuantitatif melibatkan kaedah survey adalah bertujuan untuk mengukur 1) keberkesanan media dalam memberi kefahaman terhadap isu ini dan 2) mengukur tahap kefahaman kakitangan kerajaan. Sejumlah 500 orang kakitangan awam dalam kalangan kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 dan ke atas) sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai responden dan menyertai kajiselidik ini bagi memenuhi objektif-objektif kajian yang telah digariskan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 3197/66110
Uncontrolled Keywords: zakat, media, cukai pendapatan, kakitangan awam dan zakat pendapatan.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.75 Islam and economics
H Social Sciences > HB Economic Theory > HB126.4 Islamic Economics
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Foundation Studies
Depositing User: Dr Kasim Ramli
Date Deposited: 09 Oct 2018 10:44
Last Modified: 18 Dec 2018 17:18
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/66676

Available Versions of this Item

  • Peranan media dalam memberi kefahaman ke atas kepentingan zakat pendapatan sebagai alternatif kepada cukai pendapatan: kajian ke atas kakitangan kerajaan. (deposited 09 Oct 2018 10:44) [Currently Displayed]

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year