Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2019) Jangan sampai terbelit usus sendiri. Utusan Malaysia. p. 26.
|
PDF
- Published Version
Download (1MB) | Preview |
Abstract
CAKAP memang mudah kerana modalnya cuma air liur sebagai pelincir lafaz dan lidah sebagai enjin penggerak kata. Lidah adalah sejenis anggota tidak bertulang, pergerakannya bebas tanpa batas. Apa yang diucapkannya tidak semestinya seiring dengan isi jiwa raga. Nabi SAW sangat risau kelahiran banyak orang munafik yang alim lidahnya. Sabda Rasulullah ertinya: “Sesungguhnya apa yang sangat aku risaukan (muncul) dalam umatku adalah orang munafik yang lidahnya sangat berpengetahuan (bercakap baik dan menyuruh orang melakukan kebaikan tetapi sebenarnya berjiwa kotor),” - Musnad Ahmad Munafik jenis ini turut didedahkan sifatnya oleh Allah SWT dalam al-Quran ertinya: “Dan dalam kalangan manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu),” (al-Baqarah 2:204) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/agama/jangan-sampai-terbelit-usus-sendiri-1.857902#ixzz5lDxqpwvA © Utusan Melayu (M) Bhd
Actions (login required)
![]() |
View Item |