IIUM Repository

Pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah menggunakan EZ-Arabic 2.0: pengenalan dan respons pelajar

Nasir, Mohd Shahrizal and Yahaya, Mohd Firdaus and Abdul Hamid, Mohd Fauzi and Sahrir, Muhammad Sabri (2016) Pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah menggunakan EZ-Arabic 2.0: pengenalan dan respons pelajar. In: Konvensyen Sains Islam Peringkat Antarabangsa Kali Ke II (KONGSI’16) - 2nd International Convention on Islam, Science & Education, 6th Oct. 2016, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. (Unpublished)

[img] PDF (Full paper) - Submitted Version
Restricted to Repository staff only

Download (712kB) | Request a copy
[img] PDF - Supplemental Material
Restricted to Repository staff only

Download (917kB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan turut melibatkan bidang pengajian bahasa Arab. Pelbagai pendekatan baharu dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab terutama melibatkan elemen teknologi seperti multimedia dan internet. Bagi membincangkan perihal pemanfaatan teknologi dalam proses PdP bahasa Arab, makalah ini memperkenalkan satu medium alternatif bagi pembelajaran bahasa Arab yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. Laman pembelajaran yang dikenali sebagai EZ-Arabic 2.0 dibina bagi membantu para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan pemanfaatan teknologi. Proses pembinaan laman EZ-Arabic 2.0 ini dilaksana berdasarkan cadangan dan komentar yang diberikan oleh para pengguna laman di peringkat prototaip awalnya. Hal ini bagi memastikan EZ-Arabic 2.0 dapat berfungsi dengan baik, bukan sahaja mengandungi bahan yang sesuai dengan tahap pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah, malah ia turut memenuhi keperluan semasa para penggunanya. EZ-Arabic 2.0 juga dilihat mampu untuk menjadi satu medium pembelajaran bahasa Arab secara kendiri kerana ia boleh diakses melalui internet di luar ruang kelas. Selain memperkenalkan laman EZ-Arabic 2.0, makalah turut membincangkan respons kumpulan pelajar yang telah menggunakan laman pembelajaran ini. Respons diperolehi dan dianalisis bagi melihat tahap penerimaan pengguna laman EZ-Arabic 2.0 sebagai medium alternatif untuk mempelajari dan memahami bahasa Arab. Berdasarkan analisis yang dibuat, respons pelajar amat positif khususnya melibatkan kandungan laman EZ-Arabic 2.0, persembahan dan minat mereka dalam menggunakan laman ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 3267/52588
Uncontrolled Keywords: EZ-Arabic 2.0, medium alternatif, pembelajaran kendiri, peringkat sekolah, rendah, iSpring
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 15 Dec 2016 16:24
Last Modified: 15 Dec 2016 16:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/52588

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year