IIUM Repository

Nilai keterangan elektronik dan digital menurut Akta Keterangan 1950

Mohamad Yunus, Mohamad Ismail (2013) Nilai keterangan elektronik dan digital menurut Akta Keterangan 1950. Pengaman, Official Magazine Of Royal Malaysia Police, 1 (1/2013). pp. 39-50. ISSN 2332-1330

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat masa kini telah mengubah cara kehidupan masyarakat berkomunikasi, mengendalikan sistem teknologi maklumat dan kaedah pengurusan perniagaan secara elektronik. Terdapat pelbagai jenis maklumat yang memainkan peranan yang penting dan berguna di dalam proses pengendalian kes-kes di mahkamah sivil dan jenayah di mana maklumat-maklumat penting disimpan dan direkodkan di dalam sistem komputer. Terdapat banyak syarikat dan individu yang bergantung penuh kepada penggunaan komputer dalam melancarkan urusan seharian. Tidak ketinggalan juga peguambela dan pihak pendakwa yang telah menyedari kelebihan dan kepentingan penggunaan perkakasan elektronik dalam membantu mahkamah menyelesaikan kes-kes. Justeru, penemuan dan penggunaan maklumat-maklumat yang bersumberkan elektronik dapat digunapakai di dalam semua kes yang dikendalikan di mahkamah. Kaedah ini dikenali sebagai “penemuan maklumat secara elektronik”. Keterangan berbentuk elektronik telah digunapakai untuk pelbagai tujuan dalam kes-kes terkini, di antaranya: a) Untuk mengukuhkan alasan pertuduhan dalam kes gangguan seksual. b) Untuk membuktikan kecurian rahsia perniagaan yang dilakukan oleh pekerja atau pihak lain. c) Untuk mengesahkan penciplakan hakcipta atau mengenalpasti penyalahgunaan perisian berlesen. d) Untuk memperolehi maklumat tentang harta persendirian. e) Untuk mendapatkan keterangan mengenai kes penipuan atau aktiviti-aktiviti jenayah. f) Untuk mengukuhkan alasan kes-kes pemecatan kerja secara tidak sah. g) Untuk memberikan keterangan transaksi jualbeli. h) Untuk membuktikan pertalian di antara mangsa pembunuhan dan tertuduh. i) Untuk memberikan keterangan mengenai ugutan bunuh melalui e-mail. j) Untuk mengenalpasti identiti penjenayah Berdasarkan kepada asas dan skop penggunaan bahan bukti elektronik dan digital dalam keterangan seperti yang telah diputuskan dalam kes-kes di atas, timbul persoalan sejauhmanakah keterangan tersebut relevan, berkesan serta boleh digunapakai sebagai bahan bukti di mahkamah? Apakah pula kelemahan, masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pihak pendakwa dan peguambela di dalam mengemukakan bahan bukti elektronik dan digital?

Item Type: Article (Magazine)
Additional Information: 1688/50511
Subjects: K Law > K Law (General)
K Law > KD England and Wales
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Legal Practice
Depositing User: DR MOHAMAD ISMAIL MOHAMAD YUNUS
Date Deposited: 09 May 2016 09:45
Last Modified: 09 May 2016 09:45
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/50511

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year