IIUM Repository

Keberkesanan power-point, gambar dan kad imbasan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab J-Qaf

Hashim, Norshida and Saleh, Hanan and Almuddin, Syahirah (2016) Keberkesanan power-point, gambar dan kad imbasan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab J-Qaf. In: Persidangan Antarabangsa Bahasa Arab (PABA 2016), 22nd Oct. 2016, Kuala Lumpur.

WarningThere is a more recent version of this item available.
[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana keberkesanan bahan bantu mengajar powerpoint, gambar dan kad imbasan dalam pembelajaran bahasa Arab j-QAF murid tahun lima. 60 orang murid Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya, Klang, Selangor telah terlibat sebagai responden kajian. Hasil kajian soal selidik mendapati bahawa tiga bahan bantu utama yang paling diminati adalah penggunaan komputer (90.0%), gambar (76.7%) dan powerpoint (75.0%). Soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.0 bagi mendapatkan frekuensi dan peratusan. Bagi mengetahui keberkesanan bahan bantu mengajar, ujian akan dijalankan kepada responden kajian. Responden dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kajian ini menggunakan kuasi-eksperimen dan ujian pos telah dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan. Kumpulan rawatan mengalami proses pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar iaitu powerpoint, gambar dan kad imbasan, manakala kumpulan kawalan mengalami proses pembelajaran mereka seperti biasa. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0 yang mengandungi skor min dan ujian – t. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min antara kumpulan yang didedahkan dengan bahan bantu mengajar dengan kumpulan yang tidak didedahkan dengan bahan bantu mengajar iaitu skor min kumpulan rawatan (71.97) yang lebih besar daripada skor min kumpulan kawalan (55.47). Ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dapat meningkatkan lagi pencapaian dalam pembelajaran murid. Kata Kunci:

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 6838/39699
Uncontrolled Keywords: Bahan Bantu Mengajar, Bahasa Arab j-Qaf
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Quranic Language Division
Depositing User: Mrs. Wan Salwati Wan Salleh
Date Deposited: 17 Jan 2017 16:19
Last Modified: 17 Jan 2017 16:19
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/39699

Available Versions of this Item

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year