Mamat , Arifin and Mohamad, Shukeri (2013) Faqihan dalam membina generasi solat. Jurnal Keputeraan, 2. pp. 89-113. ISSN 2289-2524
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (23MB) | Request a copy |
Abstract
Solat merupakan salah satu ibadat yang wajib didirikan oleh setiap Muslim. Malah, solat merupakan ibadat amali yang pertama diwajibkan terhadap umat Islam. Kepentingan ibadat solat kepada Muslim dapat dilihat melalui beberapa sudut, antaranya termasuklah penggunaan perkataan aqama yang bererti mendirikan. Begitu juga cara pensyariatannya yang berbentuk secara langsung daripada Allah SWT, iaitu semasa peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Perintah mendirikan solat juga mempunyai maqasid yang tersendiri. Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah SWT untuk menjaga perkara al-daruriyyat, iaitu menjaga agama dan sebagai tanda kepatuhan kepada perintah Allah SWT. Oleh itu, melaksanakan perintah Allah SWT untuk menjaga agama ialah objektif asal dalam pensyariatan solat. Sementara itu, objektif sampingan adalah untuk mencegah daripada perkara keji dan mungkar. Solat juga merupakan aktiviti senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan manusia. Oleh itu, sudah menjadi tanggunggjawab bersama untuk membentuk generasi solat. Generasi tersebut terbentuk melalui lima peringkat utama, iaitu peringkat individu, keluarga, masyarakat, organisasi dan pemerintah. Pada setiap peringkat tersebut disertakan indeks sebagai penanda aras yang bertujuan mengenalpasti tahap pencapaian yang dicapai. Misi membentuk generasi solat ini akan menjadi kenyataan dengan kerjasama semua pihak.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 1776/37753 |
Uncontrolled Keywords: | faqihan, solat, generasi solat |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education |
Depositing User: | Assoc. Prof. Dr. Arifin Mamat |
Date Deposited: | 14 Aug 2014 16:11 |
Last Modified: | 14 Aug 2014 16:11 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/37753 |
Actions (login required)
View Item |