IIUM Repository

Tret personaliti pengetua dan guru besar novis di Malaysia

Syed Imam , Shariffah Sebran Jamila and Ibrahim, Mohameed Sani and Hamzah, Mohd Izham and Mohd Ali, Hairuddin (2013) Tret personaliti pengetua dan guru besar novis di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Kali ke IV: Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2013, 23-25 Sept 2013, CAC, IIUM.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (760kB) | Preview

Abstract

Salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan pendidikan 2012- 2025 adalah mahu melahirkan pemimpin sekolah berprestasi tinggi. Pengetua dan guru besar memainkan peranan yang penting untuk membangunkan prestasi sekolah dan keberhasilan murid. Untuk melahirkan Pemimpin sekolah berprestasi tinggi dipengaruhi kompetensi diri dan tret personaliti yang dimiliki pengetua dan guru besar. Justeru fokus kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap tret personaliti pengetua dan guru besar. Reponden kajian ini melibatkan seramai 116 pengetua dan 213 orang guru besar novis di sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Data kajian dianalisis dengan mengunakan kaedah analisis deskriptif, inferensi iaitu analisis MANOVA dan analisis Model Persamaan Struktural (SEM). Dapatan kajian menunjukkan pengetua dan guru besar novis mempunyai tret personaliti pada tahap yang sangat tinggi bagi elemen kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti. Manakala analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap tret personaliti bagi pengetua dan guru besar novis yang hadir latihan profesional. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif latihan profesional terhadap tahap tret personaliti pengetua dan guru besar. Implikasi kajian menunjukkan latihan profesional mempengaruhi tahap tret personaliti pengetua dan guru besar novis. Justeru dalam melahirkan pemimpin sekolah berprestasi tinggi memerlukan pemimpin yang mempunyai tret personaliti yang tinggi agar dapat melahirkan pemimpin sekolah yang berkaliber selaras dengan matlamat negara sedang menuju kearah transformasi pendidikan. Pendek kata, pengetua dan guru besar yang berkesan adalah tunjang kepada kecemerlang sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 6004/36475
Uncontrolled Keywords: Principal, headmaster, Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: Professor Dr. Hairuddin bin Mohd Ali
Date Deposited: 30 Apr 2014 15:17
Last Modified: 26 May 2015 12:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/36475

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year