IIUM Repository

Aplikasi nilai-nilai murni berlandaskan tema Luqman Al-Hakim di dalam Al-Qur’an sebagai asas pendidikan

Mamat , Arifin and Abd Rashid, Adnan (2013) Aplikasi nilai-nilai murni berlandaskan tema Luqman Al-Hakim di dalam Al-Qur’an sebagai asas pendidikan. Sosiohumanika: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (2). pp. 133-142. ISSN 1979-0112

[img] PDF (full paper)
Restricted to Registered users only

Download (155kB) | Request a copy

Abstract

Al-Qur’an merupakan sumber penting bagi umat Islam dalam memperkasa mutu pendidikan. Justeru, dalam mendidik manusia, beberapa strategi telah ditunjuk-ajarkan oleh Allah SWT (Subhanahu Wa- Ta’ala). Diantaranya cerita-cerita yang direkodkan untuk diteladani serta memberi pengajaran yang amat bermanfaat kepada manusia. Di antara paparan cerita penting yang telah direkodkan oleh Allah SWT dalam kandungan Al-Qur’an ialah mengenai seorang pendidik agung yang bernama Luqman al-Hakim. Artikel ini menganalisa nilai-nilai murni yang ditekankan oleh Luqman al-Hakim dalam pendidikan terhadap anaknya, sebagaimana tercatat didalam surah Luqman ayat 13 hingga 19. Beberapa nilai murni yang berbentuk universal, yang telah ditegaskan oleh Luqman al-Hakim didalam mendidik anaknya, dapat menggariskan satu panduan pendidikan yang signifikan kepada masyarakat Islam masa kini. Diantaranya adalah teras keimanan yang tidak mensyirikkan Allah SWT dan menghormati ibu-bapa yang berada di kedudukan yang kedua selepas kepercayaan kepada Allah. Begitu juga penerapan sifat taqwa dan waspada terhadap Allah, mendirikan sholat, serta seterusnya membuat makruf dan mencegah kemungkaran. Corak pendidikan yang diaplikasikan itu adalah munasabah dan tetap unggul sehingga ke hari ini. Oleh itu, asas-asas nilai yang direkodkan didalam Al-Qur’an surah Luqman wajar dijadikan panduan oleh para pendidik dan ibu-bapa, juga oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 1776/34950
Uncontrolled Keywords: Pendidikan karakter, nilai-nilai murni, pendidikan dalam Islam, Al-Qur’an dan surah Luqman, serta amalan taqwa dan akhlak mulia.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ1188 Religious ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: Assoc. Prof. Dr. Arifin Mamat
Date Deposited: 27 Jan 2014 13:01
Last Modified: 22 Jul 2014 14:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/34950

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year