IIUM Repository

Rekabentuk permainan bahasa Arab komputer dalam pembelajaran bahasa Arab di kalangan para pelajar peringkat permulaan di UIAM dari tahun 2008 hingga 2011

Sahrir, Muhammad Sabri (2013) Rekabentuk permainan bahasa Arab komputer dalam pembelajaran bahasa Arab di kalangan para pelajar peringkat permulaan di UIAM dari tahun 2008 hingga 2011. Special Bulletin by Saudi Cultural Attache in Malaysia. p. 13.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (561kB) | Request a copy

Abstract

Bidang teknologi pengajaran dalam pembelajaran Bahasa Arab masih ketinggalan agak jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain seperti ahasa Inggeris dan lain-lain. Para pelajar bahasa Arab memerlukan kepada teknologi terkini dalam pembelajaran bahasa Arab, terutamanya di kalangan penutur bukan bahasa Arab yang berada dalam persekitaran luar daripada negara-negara Arab kerana persekitaran pembelajaran akan membantu mereka dalam pembelajaran bahasa ini. Penyelidik telah cuba untuk mengatasi masalah melalui persekitaran reka bentuk pembelajaran bahasa melalui permainan komputer bahasa yang direkabentuk dalam talian atau Internet, yang akan membantu dan meningkatkan motivasi para pelajar dalam proses pembelajaran. Penyelidik telah melalui beberapa peringkat dalam mereka-bentuk permainan bahasa ini seperti analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian yang melibatkan 215 orang Pelajar, 16 orang pensyarah dan 14 orang pakar. Walaupun permainan ini hanya direka untuk pelajar peringkat permulaan sahaja, namun ianya merupakan langkah awal dalam merintis penggunaan teknologi ini dalam pembelajaran bahasa Arab. Dapatan kajian ini melalui soal selidik, temu bual, cara penggunaan, pemerhatian, soalan ‘open-ended’, dan testimoni pelajar telah menunjukkan bahawa mereka berminat untuk belajar bahasa Arab dengan menggunakan permainan komputer bahasa ini dan mereka juga turut mengemukakan pandangan dan cadangan untuk penambaikan permainan ini di masa hadapan. Dapatan ujian nilai "T" pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar dalam motivasi mereka menggunakan permainan bahasa berkomputer ini.

Item Type: Article (Magazine)
Additional Information: 3267/33561
Uncontrolled Keywords: Arabic learning, interactive
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 20 Dec 2013 16:19
Last Modified: 20 Dec 2013 16:19
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/33561

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year