Abdul Ghani, Azril Shahreez (2026) Pandai di sekolah, terkejut di universiti: realiti senyap pelajar tahun pertama. Berita RTM, Kolum (14/01/2026). pp. 1-4.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (3MB) | Request a copy |
Abstract
Setiap tahun, ribuan pelajar melangkah masuk ke pintu gerbang universiti dengan segulung kejayaan cemerlang. Di kampung halaman, kenduri kesyukuran diadakan; di media sosial, ucapan tahniah melimpah-ruah. Mereka datang sebagai bekas pelajar terbaik, terbiasa dengan pujian, dan memikul harapan tinggi bahawa kecemerlangan itu akan berterusan secara automatik. Namun, bagi ramai pelajar tahun pertama terutamanya dalam bidang mencabar seperti perubatan, kejuruteraan, dan sains, realiti di kampus bukan sekadar sukar. Ia adalah satu kejutan budaya akademik yang mampu menggoncang keyakinan diri. Perubahan ini jarang dibincangkan secara terbuka. Di mata masyarakat, pelajar universiti dianggap sudah besar, bijak, dan sepatutnya mampu mengurus diri sendiri sepenuhnya. Namun, hakikat yang perlu kita fahami ialah fasa peralihan daripada sekolah ke universiti adalah antara tempoh yang paling rentan dalam kehidupan seorang remaja. Ia bukan sekadar perpindahan tempat tinggal, tetapi anjakan besar dalam cara mereka berfikir dan memproses ilmu baharu.
| Item Type: | Article (Newspaper) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > L Education (General) R Medicine > R Medicine (General) R Medicine > RT Nursing > RT89 Specialities in nursing > RT90 Teaching (Including nursing education and patient education) > RT90.0 General works education |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Medicine Kulliyyah of Medicine > Department of Basic Medical |
| Depositing User: | Dr Azril Shahreez Abdul Ghani |
| Date Deposited: | 25 Jan 2026 11:19 |
| Last Modified: | 25 Jan 2026 11:19 |
| Queue Number: | 2026-01-Q1782 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/127003 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics