Ahmad, Siti Yuliandi and Azzmi Shahrin, Azzereen Shahreena and Saipuddin, Nur ‘Amirah
(2025)
TINGKAH LAKU PEMBELIAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI DALAM JUALAN SECARA LANGSUNG DI APLIKASI TIKTOK.
International Young Scholars Journal of Languages, 8 2025 (8).
pp. 111-133.
E-ISSN 0128-2573
Abstract
Secara umumnya, tingkah laku pembelian merupakan cara atau tindakan yang dilakukan oleh individu mahupun kumpulan dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan mahupun perkhidmatan. Dewasa ini, pembelian melalui jualan secara langsung telah menjadi gaya hidup masyarakat yang seiring dengan perkembangan teknologi dan media digital masa kini. Kajian ini dijalankan berdasarkan dua objektif kajian, iaitu deskriptif dan inferensi. Objektif pertama kajian bagi
kajian ini ialah mengenal pasti tahap situasi kewangan, gaya bahasa penjual, trend semasa dan tingkah laku pembelian mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam jualan secara langsung di aplikasi TikTok. Selanjutnya, kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara situasi kewangan, gaya bahasa penjual dan trend semasa yang mempengaruhi tingkah laku pembelian mahasiswa
institusi pengajian tinggi dalam jualan secara langsung di aplikasi TikTok. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan kaedah soal selidik berkenaan tingkah laku pembelian mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam jualan secara langsung di aplikasi TikTok. Borang soal selidik
daripada Google Form diedarkan kepada 40 orang responden yang terdiri daripada Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh yang telah dipilih secara rawak
mudah berdasarkan kedudukan geografi lokasi tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa trend semasa lebih mempengaruhi tingkah laku pembelian mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam jualan secara langsung di aplikasi TikTok berbanding situasi kewangan dan gaya bahasa.
Actions (login required)
 |
View Item |