Idrus, Azean Idruwani and Zafri, Nuwaira Zafira and Husain, Nor Alia Nadia and Abd Halim, Nur Aqilah and Ibrahim, Nur Azmina Izzatulrazan and Sulaiman, Syamimi and Mohamad Adli, Anis Shafierah M
(2025)
Model Pembelajaran Digital Bahasa Melayu: Aplikasi Rimba Riang dan Keberkesanannya terhadap Literasi Asas.
Innovative Teaching and Learning Journal, 9 (2).
pp. 451-461.
E-ISSN 2600-8572
Abstract
Secara umum, penguasaan asas bahasa Melayu dari segi kemahiran lisan dan tulisan merupakan elemen yang amat penting
bagi setiap rakyat Malaysia, khususnya dalam konteks pembelajaran formal di peringkat sekolah rendah. Kajian ini dijalankan
bagi mengenal pasti tahap penguasaan asas kemahiran lisan dan tulisan dalam kalangan murid Tahun 2 dan Tahun 3 di SJK
(T) Ladang Lanadron. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan Model Digital Rimba Riang (MDRR) sebagai
satu bentuk intervensi dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid yang terlibat. Kajian ini
dengan melibatkan seramai 24 orang murid sebagai responden. Instrumen kajian merangkumi ujian pra dan pasca bagi menilai
tahap penguasaan sebelum dan selepas pelaksanaan MDRR. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penguasaan asas kemahiran
lisan dan tulisan dalam kalangan murid adalah berada pada tahap tinggi, iaitu pada Band 6. Namun begitu, kelemahan masih
dikenal pasti dalam aspek fonetik, terutamanya dari segi penyebutan dan pembunyian huruf. Penggunaan MDRR didapati
berkesan dalam membantu mengatasi kelemahan ini.Peningkatan yang signifikan telah dicatatkan melalui peratusan responden yang mencapai Band 6 dan Band 5, berbanding Band 4 dan Band 3 sebelum intervensi dijalankan. Secara keseluruhannya, penggunaan MDRR dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) memberikan impak yang positif terhadap penguasaan fonetik, sekali gus memperkukuh kemahiran asas membaca dan menulis murid secara lebih berkesan dan sistematik.
Actions (login required)
 |
View Item |