IIUM Repository

Model Pembelajaran Digital Bahasa Melayu: Aplikasi Rimba Riang dan Keberkesanannya terhadap Literasi Asas

Idrus, Azean Idruwani and Zafri, Nuwaira Zafira and Husain, Nor Alia Nadia and Abd Halim, Nur Aqilah and Ibrahim, Nur Azmina Izzatulrazan and Sulaiman, Syamimi and Mohamad Adli, Anis Shafierah M (2025) Model Pembelajaran Digital Bahasa Melayu: Aplikasi Rimba Riang dan Keberkesanannya terhadap Literasi Asas. Innovative Teaching and Learning Journal, 9 (2). pp. 451-461. E-ISSN 2600-8572

[img]
Preview
PDF
Download (637kB) | Preview

Abstract

Secara umum, penguasaan asas bahasa Melayu dari segi kemahiran lisan dan tulisan merupakan elemen yang amat penting bagi setiap rakyat Malaysia, khususnya dalam konteks pembelajaran formal di peringkat sekolah rendah. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penguasaan asas kemahiran lisan dan tulisan dalam kalangan murid Tahun 2 dan Tahun 3 di SJK (T) Ladang Lanadron. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan Model Digital Rimba Riang (MDRR) sebagai satu bentuk intervensi dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid yang terlibat. Kajian ini dengan melibatkan seramai 24 orang murid sebagai responden. Instrumen kajian merangkumi ujian pra dan pasca bagi menilai tahap penguasaan sebelum dan selepas pelaksanaan MDRR. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penguasaan asas kemahiran lisan dan tulisan dalam kalangan murid adalah berada pada tahap tinggi, iaitu pada Band 6. Namun begitu, kelemahan masih dikenal pasti dalam aspek fonetik, terutamanya dari segi penyebutan dan pembunyian huruf. Penggunaan MDRR didapati berkesan dalam membantu mengatasi kelemahan ini.Peningkatan yang signifikan telah dicatatkan melalui peratusan responden yang mencapai Band 6 dan Band 5, berbanding Band 4 dan Band 3 sebelum intervensi dijalankan. Secara keseluruhannya, penggunaan MDRR dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) memberikan impak yang positif terhadap penguasaan fonetik, sekali gus memperkukuh kemahiran asas membaca dan menulis murid secara lebih berkesan dan sistematik.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Model Digital, Bahasa Melayu; Lisan, Murid, Tulisan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1044 Internet in Education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 22 Dec 2025 08:17
Last Modified: 22 Dec 2025 08:17
Queue Number: 2025-12-Q1277
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/126383

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year