Ahmad, Muhammad Anwar and Zamziba, Muhammad Nur Farhan and Ahmad, Hishomudin and Ku Yaacob, Ku Mohd Syarbaini and Rauzatul Jannah, Rauzatul Jannah (2025) Analisis selidik keperluan inovasi permainan pendidikan berkaitan pembelajaran Hadis 40 Imam Nawawi. International Journal of Modern Education, 7 (25). pp. 76-91. E-ISSN 2637-0905
|
PDF
- Published Version
Download (5MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan inovasi permainan pendidikan berkaitan pembelajaran Hadis 40 Imam Nawawi dalam kalangan pelajar di Ma'had at-Tarbiyah al-Islamiyah (MATRI), Perlis. Pendekatan penyelidikan ini melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap penggunaan bahan pengajaran berbentuk permainan interaktif seperti kad dan papan permainan. Di samping itu, soal selidik ini telah disahkan dua orang pakar. Analisis data tertumpu kepada lima aspek utama, iaitu keperluan inovasi pendidikan, minat terhadap permainan pendidikan, kesesuaian permainan untuk pembelajaran Hadis, kemudahan penggunaan permainan, dan keberkesanan permainan dalam menggalakkan kerjasama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersetuju bahawa pembelajaran Hadis 40 Imam Nawawi memerlukan inovasi dalam bahan pengajaran. Sebanyak 62.5% responden bersetuju dan 37.5% sangat bersetuju bahawa permainan interaktif dapat membantu memahami hadis dengan lebih mudah. Selain itu, majoriti pelajar (68.8%) menyatakan minat untuk menggunakan permainan kad atau papan permainan sebagai kaedah pembelajaran Hadis. Keputusan turut menunjukkan bahawa permainan pendidikan dapat meningkatkan motivasi pelajar, menarik minat mereka, dan mempermudah pemahaman terhadap isi kandungan Hadis. Dari segi kesesuaian permainan, 62.5% responden bersetuju bahawa Hadis 40 Imam Nawawi sesuai diterapkan dalam bentuk permainan kad atau papan permainan. Bagi aspek kemudahan penggunaan, 75% responden bersetuju bahawa arahan permainan yang jelas dan ringkas adalah penting untuk memastikan keberkesanan pembelajaran. Selain itu, 87.6% pelajar percaya bahawa permainan pendidikan dapat menggalakkan kerjasama antara rakan sekelas melalui perbincangan dan perkongsian pandangan mengenai maksud Hadis. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan bahan pengajaran berbentuk permainan pendidikan bagi pembelajaran Hadis 40 Imam Nawawi. Penggunaan permainan ini berpotensi meningkatkan minat, motivasi, dan pemahaman pelajar terhadap kandungan Hadis, di samping menggalakkan interaksi sosial serta kerjasama dalam kalangan pelajar. Cadangan daripada pelajar turut diambil kira untuk menambah baik reka bentuk dan keberkesanan permainan tersebut dalam konteks pembelajaran Hadis
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Analisis (Analysis), Hadis 40 (Hadith 40), Imam Nawawi, Ma'had at-Tarbiyah al-Islamiyah |
| Subjects: | BPL Islamic education L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature |
| Depositing User: | Dr. Muhammad Anwar Ahmad |
| Date Deposited: | 15 Dec 2025 12:27 |
| Last Modified: | 15 Dec 2025 12:27 |
| Queue Number: | 2025-12-Q614 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/125311 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics