Ramlan, Siti Rosilawati and Zainuddin, Ghazali and Mohamed Masrop, Noor Azli and Sahrir, Muhammad Sabri and Ismail, Irwan Mahazir and Adnan, Ahmad Syukri and Muslil, Yuszaimi and Md Yusof, Md Ridzal (2025) Pembangunan Model My Arabiy Game-X untuk pembelajaran bahasa Arab Tahap Dua di Sekolah Rendah Agama berdasarkan Kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor = Development of the My Arabiy Game-X Model for Level Two Arabic language learning in Religious Primary Schools: a curriculum-based approach from Selangor Islamic Religious Department. Jurnal Pengajian Islam, 18 (2). pp. 60-77. ISSN 1823-7126 E-ISSN 0127-8002
|
PDF
- Published Version
Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model reka bentuk dan pembangunan permainan mudah alih untuk pembelajaran bahasa Arab Tahap Dua di Sekolah Rendah Agama berdasarkan Kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pendekatan tradisional yang berpusatkan guru dalam pengajaran bahasa Arab dilihat kurang berkesan dalam meningkatkan penguasaan kosa kata dan motivasi pelajar. Justeru, kajian ini mengintegrasikan prinsip gamifikasi dan reka bentuk berasaskan teori pembelajaran terkini seperti Teori Minimalis, Behaviorisme, Kognitif Multimedia dan SMART dalam membina Model My Arabiy Game-X. Kajian dilaksanakan melalui pendekatan Design and Development Research (DDR), melibatkan 408 pelajar dan 22 pakar bidang, menggunakan kaedah Fuzzy Delphi dan Interpretive Structural Modelling (ISM). Hasil dapatan menunjukkan terdapat tujuh konstruk utama yang perlu diberi keutamaan dalam pembangunan aplikasi iaitu: pemilihan perkakasan, keperluan guru, objektif pembelajaran, isi kandungan aplikasi, susunan paparan antara muka, pengisian aktiviti dan penilaian hasil pembelajaran. Model ini diharapkan dapat memberikan impak positif terhadap penguasaan kosa kata bahasa Arab, meningkatkan interaktiviti bilik darjah dan menyokong transformasi PdP yang lebih fleksibel dan inklusif sejajar dengan aspirasi pembelajaran abad ke-21
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | My Arabiy Game-X, Bahasa Arab, Pembelajaran Abad ke-21, Interpretive Structural Modelling |
| Subjects: | L Education > L Education (General) P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy |
| Depositing User: | Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir |
| Date Deposited: | 05 Dec 2025 13:12 |
| Last Modified: | 05 Dec 2025 13:12 |
| Queue Number: | 2025-11-Q373 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124962 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics