IIUM Repository

Syarat baharu haji-sihat kerana Allah

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2025) Syarat baharu haji-sihat kerana Allah. Utusan Malaysia, Gaya (Suluh Wahyu) (14hb November 2025). p. 19. ISSN 2716-6694

[img] PDF - Published Version
Download (380kB)

Abstract

“Pengalaman haji 2015 sangat mencabar fizikal dan minda. Jarak perjalanan antara lokasi gerak kerja haji atau masya’ir mencabar fizikal. Cuaca ketika wuquf di Arafah pun sangat ekstrem sehingga ada yang terkena strok haba. Itu belum lagi cabaran himpitan dan rempuhan orang ramai ketika mengerjakan tawaf haji sejurus pulang dari Mina. Pendek kata, kerja haji meletihkan fizikal dan minda.” Umat Islam Malaysia dikejutkan dengan syarat kesihatan terbaharu yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi untuk musim haji 1447H/2026M. Dengan penguatkuasaan tersebut, kemungkinan besar ramai yang sampai kitaran kouta haji pada tahun hadapan akan digugurkan atau ditangguhkan pemergiannya kerana faktor kesihatan. Keputusan itu pastinya melalui proses kajian dan perbincangan panjang pihak pengurusan Haji Arab Saudi yang saban tahun berhadapan dengan berbagai masalah menguruskan para tetamu Allah seluruh dunia. Pihak kerajaan Arab Saudi selaku Ulil Amri atau pengurus haji zaman moden punyai tanggung jawab yang lebih besar dan kritikal melibatkan isu keselamatan dan penjagaan nyawa para Jemaah seluruh dunia. Ini secara tidak langsung berkait dengan satu Maqasid syariah iaitu menjaga nyawa. Oleh itu, dalam konteks pengurusan haji zaman ini, umat Islam sedunia wajib patuh kepada syarat dan peraturan haji yang digariskan kerajaan Arab Saudi. Ia seiring dengan banyak nas agama (al-Nisa’ 4:59). Dalam Islam, para ulama’ turut merumuskan kaedah berguna dalam isu pengurusan pemimpin. تَصَرُّفُ الإِمَام عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوط بِالْمَصْلَحَةِ Ertinya: Tindakan (perlaksanaan sebarang undang-undang) pemerintah ke atas rakyat adalah mesti berkait (terikat) dengan maslahah (menjaga kepentingan rakyat).

Item Type: Article (Abstract)
Uncontrolled Keywords: haji, syarat haji
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP183 The formularies of worships, texts, etc.
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP188 Islamic religious life
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 14 Nov 2025 16:05
Last Modified: 14 Nov 2025 16:05
Queue Number: 2025-11-Q028
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124427

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year