IIUM Repository

Penilaian model Tadabbur al-Quran menerusi pembelajaran kosa kata Arab menggunakan teknologi Realiti Terimbuh khusus untuk komuniti dewasa OKU pendengaran (Model AsomAR)

Ahmad Yusoff, Nabilah Fasihah and Abas, Ummu-Hani and Jaffar, Mohammad Najib and Mat Ali, Ahmad Asyraf and Md Noor, Mohamad Lukman Al Hakim and Abdul Hanid, Mohd Fadzil and Mohd Raus, Norakyairee (2025) Penilaian model Tadabbur al-Quran menerusi pembelajaran kosa kata Arab menggunakan teknologi Realiti Terimbuh khusus untuk komuniti dewasa OKU pendengaran (Model AsomAR). In: 2nd International Conference on Community Education and Well-Being (ICCEW) 2025, 7 May 2025, Online.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjalankan penilaian dalaman terhadap kebolehgunaan model AsomAR yang telah dibangunkan. Model ini merupakan satu-satunya model tadabbur al-Quran melalui pendekatan awal menerusi pembelajaran kosa kata Arab dengan berbantukan teknologi Realiti Terimbuh yang direka khas bagi komuniti dewasa OKU pendengaran. Kajian ini menggunakan Teknik Kumpulan Nominal yang telah diubah suai (Modified Nominal Group Technique). Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berskala Likert lima iaitu Amat Tidak Sesuai (ATS), Tidak Sesuai (TS), Agak Sesuai (AS), Sesuai (S), dan Amat Sesuai (AS). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua konstruk dan elemen dalam Model AsomAR dinilai "sesuai" dengan skor purata antara 72% hingga 96%. Ini menunjukkan penerimaan yang tinggi terhadap struktur model yang dicadangkan. Penggunaan teknologi Realiti Terimbuh (AR) dalam pembelajaran kosa kata Arab mampu memberi impak positif kepada komuniti dewasa OKU pendengaran. Ini boleh mempengaruhi dasar pendidikan khas, khususnya dalam pendidikan al-Quran, untuk memasukkan teknologi AR sebagai sebahagian daripada kurikulum rasmi di institusi pendidikan khas. Penyediaan garis panduan kurikulum yang mengiktiraf keperluan visual dan interaktif dalam pembelajaran pelajar pekak juga perlu diperhalusi oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Item Type: Proceeding Paper (Other)
Uncontrolled Keywords: Model Tadabbur al-Quran; Kosa kata Arab; OKU Pendengaran; Teknologi Realiti Terimbuh
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Depositing User: Br Mohamad Lukman Al Hakim Md. Noor
Date Deposited: 22 Jul 2025 10:32
Last Modified: 22 Jul 2025 10:44
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122161

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year