Ahmad Yusoff, Nabilah Fasihah and Abas, Ummu-Hani and Jaffar, Mohammad Najib and Mat Ali, Ahmad Asyraf and Md Noor, Mohamad Lukman Al Hakim and Abdul Hanid, Mohd Fadzil and Mohd Raus, Norakyairee (2025) Kesahan kandungan soal selidik bagi pembinaan rekabentuk model Tadabbur al-Quran melalui pembelajaran kosa kata Arab berbantukan teknologi Realiti Terimbuh khusus komuniti dewasa OKU pendengaran menggunakan kaedah nisbah kesahan kandungan (CVR) dan nilai Aiken = Content validity of a questionnaire for designing a Quranic Tadabbur model through Arabic vocabulary learning assisted by augmented reality technology for deaf adult learners: application of the content validity ratio (CVR) and Aiken’s V methods. Journal of Ma'alim al-Quran wa al-Sunnah, 21 (1). pp. 42-64. ISSN 1823-4356 E-ISSN 2637-0328
|
PDF
Restricted to Registered users only Download (406kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan kandungan instrumen soal selidik yang dibangunkan bagi memastikan keberkesanan model baharu tadabbur al-Quran melalui pembelajaran kosa kata Arab dengan bantuan teknologi realiti terimbuh untuk komuniti dewasa OKU pendengaran. Instrumen ini direka untuk menilai aspek isi kandungan, elemen, dan kaedah pembelajaran menggunakan skala Likert 7 mata. Untuk tujuan penilaian nisbah kesahan kandungan (CVR), skala ini diadaptasi kepada skala penilaian empat mata. Proses penilaian melibatkan pakar-pakar dalam bidang Pendidikan al-Quran, Pendidikan Khas OKU pendengaran, dan Teknologi Pendidikan. Metodologi kajian melibatkan analisis kandungan dan pengiraan Nisbah Kesahan Kandungan (CVR), serta analisis Aiken's V sebagai kaedah sokongan, untuk memastikan kerelevanan dan kesesuaian item-item dengan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa instrumen soal selidik yang dibangunkan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi, dengan majoriti item mencapai nilai CVR 1.00. Analisis terperinci mendedahkan bahawa konstruk Tema Kosa kata dan Aktiviti Kandungan mencapai 100% persetujuan pakar, manakala konstruk Paparan Visual mencapai 92.3%, dan Domain Kosa kata 80%. Untuk mengukuhkan dapatan ini, analisis Aiken's V dijalankan, menghasilkan nilai purata 0.90, yang menunjukkan tahap kesahan kandungan yang sangat tinggi. Kesimpulannya, kedua-dua kaedah analisis membuktikan bahawa instrumen soal selidik ini sah dan sangat sesuai untuk digunakan dalam mereka bentuk model pembelajaran yang dicadangkan. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan alat penilaian yang tepat untuk meningkatkan akses dan pemahaman al-Quran dalam kalangan komuniti dewasa OKU pendengaran. Penyelidikan lanjut disarankan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen ini dalam konteks aplikasi sebenar.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Tadabbur, Bahasa Arab, OKU Pendengaran, Realiti terimbuh, Nisbah Kesahan Kandungan (CVR), Aiken’s V. |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy |
| Depositing User: | Br Mohamad Lukman Al Hakim Md. Noor |
| Date Deposited: | 22 Jul 2025 11:00 |
| Last Modified: | 22 Jul 2025 11:00 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122159 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics