IIUM Repository

Muhammad Uthman El-Muhammady (1943-2013): konsep dan aktiviti politik pendakwah awam (siyasah al-wu'az)

Tumin, Makmor and Muhammad Uthman El-Muhammady, Ahmad El-Muhammady (2022) Muhammad Uthman El-Muhammady (1943-2013): konsep dan aktiviti politik pendakwah awam (siyasah al-wu'az). In: Pemikir Politik Islam Alam Melayu di Malaysia. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pp. 125-145. ISBN 978-967-488-231-0

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (82MB) | Request a copy

Abstract

Inti pemikiran politik orang Islam di Malaysia didapati semakin rencam, dan menjelang akhir abad ke-20, ia terus diramuankan pelbagai rempah-ratus buah fikiran. Kerencaman dan kepelbagaian tersebut sebahagian besarnya adalah kesan pengaruh keterobosan globalisasi dan ledakan teknologi komunikasi dan maklumat. Dari satu sisi, umat Melayu terdedah dengan penerapan demokrasi liberal yang muncul dari gugusan barat yang diakibatkan keterobosan dan ledakan itu, dan dari satu sisi yang lain pula globalisasi dan information and communications technology (ICT) berkenaan mengundang kemasukan idea demokrasi Islam dari wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara. Di Alam Melayu atau wilayah Asia Tenggara ini, mungkin nama-nama besar di Barat seperti John Rawls dan Robert Nozick tidak begitu diketahui ramai atau tidak begitu popular, namun perbahasan mirip egalitarianisme (keadilan pengagihan kekayaan) aliran Rawls dan libertarianisme (kebebasan mutlak individu) pandangan Nozick terus semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia, termasuk orang Melayu Islam. Dari dunia Islam pula, nama pemikir dan aktivis Islam tersohor seperti Rashid Ghannoushi dan Recep Tayyip Erdoğan didapati terus kuat melatari perbahasan tentang politik Islam dan ramuan inti pemikirannya. Dalam perkembangan yang hampir sama juga, wacana negara sekular dan negara Islam terus digiatkan melalui pelbagai jenis media termasuk media sosial yang populariti penggunaannya semakin tidak tertanding. Wacana Melayu dan Islam, sama ada tentang akidah, ibadat dan akhlak yang telah berdekad-dekad lamanya tenggelam timbul dengan kemasukan mencurah-curah idea baharu dari Barat, Timur Tengah dan Afrika Utara itu.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Politik Islam, Demokrasi, Pemikiran Islam, Globalisasi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.6 Islam and the state
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.7 Islam and politics
BPL Islamic education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: Dr. Ahmad El-Muhammady
Date Deposited: 23 Apr 2025 16:57
Last Modified: 23 Apr 2025 16:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/120660

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year