IIUM Repository

Metodologi penulisan Abdullah al-Qari dalam karya al-Sunnah

Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi and Ahmad Najib, Nasibah and Wan Abdullah, Wan Nasyrudin and Muhammad Isa, Rabi’atul Athirah (2024) Metodologi penulisan Abdullah al-Qari dalam karya al-Sunnah. In: Pemikiran Hadis dalam Wacana Semasa. PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, Bangi, Selangor Darul Ehsan, pp. 101-117. ISBN 978-629-486-293-7

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Abdullah al-Qari Haji Salleh adalah seorang tokoh kelahiran negeri Kelantan pada tahun 1937. Beliau ialah seorang aktivis dalam bidang pendidikan, penulisan dan penghasilan karya. Selain itu, beliau juga adalah seorang yang aktif dalam menterjemah kitab-kitab berbahasa Arab, menerbit serta mencetak karya-karya agama terutama yang berkaitan dengan al-Quran dan al-sunnah (Zulkifli 2008). Bab ini membincangkan dengan lebih terperinci siapakah sebenarnya tokoh Haji Abdullah al-Qari ini dan untuk menyelusuri perjalanan kehidupan serta apakah sumbangan yang telah beliau lakukan khususnya terhadap bidang penulisan di Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Haji Salleh bin Putih bin Abdul Latiff bin Wanik Kenanga bin Basri. Beliau dilahirkan pada 26 Disember 1937 bersamaan 23 Syawal 1356H di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Negeri Cik Siti Wan Kembang. Gelaran Abdullah al-Qari adalah gelaran yang diberikan oleh Tuan Guru Haji Muhammad Jambang, anak saudara Tuk Kenali (seorang Tokoh Ulama Nusantara) yang mengajar di Pondok Lorong Kubur Tuk Kenali. Maksud perkataan ‘al-Qari’ ialah pembaca al-Quran atau “pembaca”. Kelahiran beliau adalah selepas empat tahun pemergian ulama terkenal Negeri Kelantan, iaitu Tuk Kenali yang meninggal dunia pada tahun 1933. Nama beliau diringkaskan kepada AQHAS iaitu Abdullah al-Qari bin Haji Salleh.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Abdullah Al-Qari, Tokoh Agama, Biodata.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP135 Hadith literature. Traditions. Sunna
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP160 General works on Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.2 Sources of Islam
K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP100 Sources.Quran, Hadith, Ijma', Qiyas.
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: DR NIK MD SAIFUL AZIZI NIK ABDULLAH
Date Deposited: 17 Mar 2025 15:04
Last Modified: 17 Mar 2025 15:04
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/120256

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year