IIUM Repository

WACANA PERBUALAN BAHASA TABU DALAM KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL TWITTER @ X BERDASARKAN CIAPAN TERPILIH BERKAITAN DENGAN DIMENSI SOSIAL

Idrus, Azean Idruwani and Zamri, NUR ASHIKIN SYAHIRAH (2024) WACANA PERBUALAN BAHASA TABU DALAM KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL TWITTER @ X BERDASARKAN CIAPAN TERPILIH BERKAITAN DENGAN DIMENSI SOSIAL. Journal of Business and Social Development, 12 (2). pp. 61-77. ISSN 22892915 E-ISSN eISSN: 2600-9668

[img]
Preview
PDF
Download (417kB) | Preview

Abstract

Dimensi sosial berperanan menyampaikan maklumat sosial dalam proses komunikasi. Data kajian terdiri daripada ciapan terpilih dalam media sosial Twitter @ X yang menggunakan bahasa tabu. Penggunaan bahasa tabu kini didapati semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Fenomena ini telah dilakukan tanpa segan silu secara terbuka ketika berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa tabu yang bersifat negatif, lucah, tidak senonoh serta tidak elok untuk didengari difokuskan dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis penggunaan bahasa tabu oleh pengguna di Twitter @ X. Kajian ini turut mengaplikasikan Dimensi Sosial Holmes dan Wilson (2017), iaitu jarak sosial, status sosial, tahap keformalan dan fungsian sebagai panduan dalam memperoleh dapatan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif dan dianalisis mengikut kaedah penganalisisan teks. Dapatan kajian mendapati bahawa empat dimensi sosial oleh Holmes dan Wilson (2017), iaitu sosial, status sosial, tahap keformalan dan fungsian digunakan dalam kalangan pengguna Twitter @ X. Dapatan juga mendapati bahawa ciapan turut mengandungi unsur kemarahan serta didorong oleh emosi yang menjurus kepada penggunaan bahasa tabu. Selain itu, faktor keakraban serta jenaka turut mendorong pengguna Twitter @ X mengaplikasikan kata tabu dalam ciapannya. Kajian ini diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada pengguna Twitter @ X agar cakna ketika menggunakan bahasa yang bertepatan dengan norma dan budaya khususnya dalam media sosial.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Wacana perbualan, bahasa tabu, Twitter @ X, media sosial, dimensi sosial.
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 30 Dec 2024 16:55
Last Modified: 30 Dec 2024 16:55
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117252

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year