Idrus, Azean Idruwani and Zamri, NUR ASHIKIN SYAHIRAH
(2024)
WACANA PERBUALAN BAHASA TABU DALAM KALANGAN PENGGUNA
MEDIA SOSIAL TWITTER @ X BERDASARKAN CIAPAN TERPILIH
BERKAITAN DENGAN DIMENSI SOSIAL.
Journal of Business and Social Development, 12 (2).
pp. 61-77.
ISSN 22892915
E-ISSN eISSN: 2600-9668
Abstract
Dimensi sosial berperanan menyampaikan maklumat sosial dalam proses komunikasi. Data
kajian terdiri daripada ciapan terpilih dalam media sosial Twitter @ X yang menggunakan bahasa
tabu. Penggunaan bahasa tabu kini didapati semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Fenomena ini telah dilakukan tanpa segan silu secara terbuka ketika berkomunikasi antara satu sama
lain. Bahasa tabu yang bersifat negatif, lucah, tidak senonoh serta tidak elok untuk didengari
difokuskan dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis penggunaan bahasa tabu
oleh pengguna di Twitter @ X. Kajian ini turut mengaplikasikan Dimensi Sosial Holmes dan Wilson
(2017), iaitu jarak sosial, status sosial, tahap keformalan dan fungsian sebagai panduan dalam
memperoleh dapatan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif dan dianalisis
mengikut kaedah penganalisisan teks. Dapatan kajian mendapati bahawa empat dimensi sosial oleh
Holmes dan Wilson (2017), iaitu sosial, status sosial, tahap keformalan dan fungsian digunakan
dalam kalangan pengguna Twitter @ X. Dapatan juga mendapati bahawa ciapan turut mengandungi
unsur kemarahan serta didorong oleh emosi yang menjurus kepada penggunaan bahasa tabu. Selain
itu, faktor keakraban serta jenaka turut mendorong pengguna Twitter @ X mengaplikasikan kata tabu
dalam ciapannya. Kajian ini diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada pengguna Twitter @ X
agar cakna ketika menggunakan bahasa yang bertepatan dengan norma dan budaya khususnya dalam
media sosial.
Actions (login required)
|
View Item |