IIUM Repository (IREP)

Pembangunan modal insan sebagai satu pelaburan penting dalam konteks pembinaan negara

Mohamad, Baharom and Salleh, Mohamad Johdi (2009) Pembangunan modal insan sebagai satu pelaburan penting dalam konteks pembinaan negara. In: Seminar Kebangsaan Pembangunan Modal Insan, 23 - 24 Mac 2009, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

[img]
Preview
PDF
Download (122kB) | Preview

Abstract

Dewasa ini masyarakat ketika ini berhadapan dengan suasana yang penuh dengan kemelut keruntuhan akhlak yang cukup membimbangkan. Sejak akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita-berita yang negatif tentang generasi muda di samping sebilangan kecil kisah kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih oleh mereka. Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah, masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan generasi muda. Hal ini tentunya mengundang rasa rungsing dan gusar di kalangan pemimpin negara terutamanya dalam memastikan aspirasi Wawasan 2020 tercapai. Negara telah menetapkan sasaran mencapai taraf negara maju dalam tahun 2020. Tanggungjawab pengisian wawasan adalah tanggungjawab kita bersama. The ‘towering Malays’ ketika itu perlu berada di barisan utama dalam sebuah negara Malaysia yang telah pun mencapai taraf negara maju. Merekalah Melayu, berani bersaing dan berupaya berganding di liga antarabangsa, dalam gelanggang yang lebih luas iaitu dengan peraturan yang lebih bebas. Modal insan sebagai satu pelaburan penting dalam konteks pembinaan negara akan diterangkan dari sudut kesihatan, pendidikan, IPTA, ICT, ekonomi, sosial, perspektif Islam dan moral atau akhlak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 5357/11673
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Education
Depositing User: AP Dr Mohamad Johdi Salleh
Date Deposited: 02 Feb 2012 15:01
Last Modified: 02 Feb 2012 15:01
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/11673

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year