Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2024) Bantu OKU kenal Allah. Utusan Malaysia, Gaya (Agama) (29hb November 2024). p. 23. ISSN 2716-6694
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
“Mereka tahu al-Quran datang dari Allah. Mereka mahu tahu apa mesej Allah kepada mereka, namun tak mampu membaca kerana tiada kemudahan untuk berinteraksi dengan al-Quran bagi orang bisu dan pekak. Akhirnya, mereka cuma memeluk erat mushaf al-Quran sebagai tanda cinta dan penghargaan.” Tersentak saya mendengar perkongsian Dr Norakyairee Mohd Raus, Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, Universiti Sains Islam Malaysia dalam sebuah forum tak lama dahulu. OKU Pendengaran biasanya berkait rapat dengan OKU Pertuturan. Al-Quran pula lazimnya sebuah kitab yang dituturkan lidah dengan kaedah pembacaan yang khusus. Pernahkah kita terfikir bagaimana OKU bisu dan pekak mahu menutur kalam tuhan ini lalu mendapat pahala per huruf yang dijanjikan Nabi SAW dalam sabdanya? مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ Ertinya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajkan itu digandakan 10. Aku tidak kata ALIF-LAM-MIM itu satu huruf, sebaliknya Alif itu (dikira) satu huruf, Lam (dikira) satu huruf dan Mim (dikira) satu huruf (Sunan al-Tirmidhi, 2835). Pada 21 November (2024) lepas saya dikunjungi Saudari Syaza Athirah, calon sarjana Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau sendiri seorang OKU pendengaran yang diuji Allah hilang nikmat pendengaran akibat jangkitan pada saraf ketika berusia 13 tahun. Ketika menemuramah saya, beliau memakai alat bantuan pendengaran. Alat ini berfungsi seperti “pembesar suara” membantu OKU, Pendengaran menangkap bunyi di sekeliling secara sekata tanpa tapisan. Walaupun membantu mereka menangkap bunyi, ia tidak berapa selesa seperti telinga asli kerana bunyinya bingit daripada berbagai penjuru.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 3588/116359 |
Uncontrolled Keywords: | Orang Kurang Upaya, OKU, kenal Allah, OKU pekak, buta |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP170.85 Da'wah. Mission of Islam. Summons, invitation, etc. B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP188 Islamic religious life |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion |
Depositing User: | Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim |
Date Deposited: | 03 Dec 2024 20:46 |
Last Modified: | 03 Dec 2024 20:46 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116359 |
Actions (login required)
View Item |