El-Muhammady, Ahmad and Mohamad, Maslinawati and Zakaria, Nor Balkish and Muhammad Uthman El-Muhammady, Asma (2024) Naratif ekstrimis dan media sosial di Malaysia: merungkai landskap dalam talian. In: Pelampau Keganasan di Malaysia: Sejarah, Isu & Ancaman. Penerbit USIM & IPSOM, Seri Kembangan, pp. 180-197. ISBN 9786297636849
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (14MB) | Request a copy |
Abstract
Bab Tujuh membincangkan naratif ekstremis dan media sosial di Malaysia. Perbincangan merungkai bagaimana andskap dalam media atas talian menjadi semakin penting dan berpengaruh dalam mengembangkan naratif idea gerakan pelampau. Bab yang juga ditulis oleh Ahmad El-Muhammady tetapi bersama Maslinawati Mohamad, Nor Balkish Zakaria dan Asma Muhammad Uthman El-Muhammady ini juga membincangkan peranan media sosial dalam menyebarluaskan idea radikal. Dalam bab ini, perbahasan juga tertumpu kepada bagaimana kumpulan ekstremis menggunakan media sosial untuk menggalakkan proses radikalisasi dan rekrutmen. Perbahasan Ahmad El-Muhammady dan rakan-rakan adalah berdasarkan penelitian beberapa kumpulan ekstremis seperti far-right extremism di Eropah dan Daesh di Syria dan kumpulan yang bersimpati dengan ideologi mereka. Untuk membicarakan tajuk ini, Ahmad El-Muhammady dan rakan- rakan melihat tiga perkara pokok: pertama, konsep media sosial dan mengapa ia menjadi platform pilihan kumpulan radikal; kedua, bagaimana media sosial digunakan untuk tujuan penyebaran, promosi dan perekrutan anggota baharu dan sebagai platform untuk perbincangan wacana radikal. Ketiga, impak dan implikasi penggunaan media sosial sebagai medium kepada perkembangan wacana ekstremisme kepada masyarakat dan negara.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H71 General works J Political Science > JA Political science (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
Depositing User: | Dr. Ahmad El-Muhammady |
Date Deposited: | 25 Nov 2024 11:04 |
Last Modified: | 25 Nov 2024 11:04 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116043 |
Actions (login required)
View Item |