El-Muhammady, Ahmad and Mohd Yusof, Danial and Raja Mohd Naguib, Raja Muhammad Khairul Akhtar and Muhammad Uthman El-Muhammady, Asma (2024) Gerakan pelampau agama: satu analisis. In: Pelampau Keganasan di Malaysia: Sejarah, Isu & Ancaman. Penerbit USIM & IPSOM, Seri Kembangan, pp. 159-179. ISBN 9786297636849
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (15MB) | Request a copy |
Abstract
Bab Enam menganalisis fenemona gerakan pelampau agama atau “religious extremism” di peringkat lokal dan antarabangsa. Bab ini dihasilkan oleh empat penulis iaitu Ahmad El-Muhammady, Danial Mohd Yusof, Khairul Akhtar Raja Mohd Naguib dan Asma Muhammad Uthman El-Muhammady. Dalam bab ini, penulis membincangkan enam perkara pokok. Pertama, pelampau agama (ringkas PA) wujud dalam semua agama dan komuniti. Ia bermula dengan sikap dan pemikiran manusia dan menggunakan hujah agama sebagai justifikasi keabsahan fahaman mereka. Fenomena ini boleh diperhatikan dalam sejarah dan insiden yang berlaku pada hari ini. Kedua, untuk memahami konsep PA, dua perkara perlu diperhatikan, iaitu konsep fahaman arus perdana yang menjadi ikutan ramai, dan fahaman radikal atau pelampau yang melencong daripada fahaman arus perdana. Ketiga, PA dikaitkan dengan cara berfikir atau “psychological signature”, personaliti, dan pola ideologi yang tegar dan keras. Keempat, pembentukan ideologi PA bermula dengan mengenal pasti krisis yang berlaku dalam dunia, wujudnya rasa tanggungjawab, penentuan visi dan misi yang perlu dibuat untuk mencapai tujuan atau misi. Ini jelas dapat dilihat dalam ideologi Daesh dan berhaluan kanan yang dipegang oleh Brenton Tarrant. Kelima, PA mempunyai kesan jangka panjang pada negara sekiranya ia tidak ditangani dengan segera, kerana ideologi boleh tersebar dengan mudah dalam era teknologi maklumat hari ini. Keenam, dalam usaha menangani ancaman kumpulan ini juga, perlu juga difahami punca krisis yangberlaku dalam kehidupan mereka kerana hakikatnya setiap perbuatan itu mempunyai punca sebab atau “root causes” . Antaranya kemunculan Daesh adalah disebabkan penaklukan dan kekejaman Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Oleh itu, generasi yang lahir dalam tempoh itu mengalami trauma peperangan yang teruk hingga membentuk cara berfikir mereka.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H96 Public policy (General), Policy sciences J Political Science > JA Political science (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
Depositing User: | Dr. Ahmad El-Muhammady |
Date Deposited: | 25 Nov 2024 10:51 |
Last Modified: | 25 Nov 2024 10:51 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116042 |
Actions (login required)
View Item |