Nik Abdullah, Nik Md Saiful Azizi and Sahrir, Muhammad Sabri and Ismail, Taufik and Mohamad Zudin, Luqman and Kayati, Muhammad Mursyid Al-Amien (2024) Isu perkahwinan warga Rohingya di Malaysia: analisis punca dan cadangan mekanisme penyelesaian. Jurnal Penyelidikan Islam (32). pp. 125-170. ISSN 1394-4428 E-ISSN 0128-133X
PDF (Journal)
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (3MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini membahaskan isu dan permasalahan yang melibatkan perkahwinan warga Rohingya di Malaysia. Sebanyak sembilan objektif kajian telah dicapai dalam kajian ini merangkumi isu data jumlah pelarian yang berada di Malaysia, data perkahwinan warga Rohingya di Malaysia, tata cara perkahwinan, mazhab dan kaedah rekod yang digunakan bagi menentukan status perkahwinan dan sebagainya. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif menggunakan pendekatan kajian kes mengingtegrasi instrumen temubual separa berstruktur (semi structured interview), analisis rekod dan pemerhatian (observation). Sebanyak 7 Jabatan Agama Islam Negeri yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini seperti JAWI, JAHEIK, JAIK, JAIS, JAIJ, JAIM, JAIP, dan agensi kerajaan persekutuan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan badan bebas seperti United Nations High Commission For Refugees (UNHCR), Majlis Ulama Rohingya (MUR) dan 3 individu warga Rohingya mewakili 3 zon yang berbeza (utara, timur dan tengah). Dapatan kajian dihuraikan dalam bentuk tema utama dan sub-tema bagi mencapai objektif kajian ini. Sebanyak lebih 20 tema dihasilkan. Antaranya angka pelarian yang berada di Malaysia yang berdaftar dengan UNHCR seramai 178,589 yang mana 99,292 (51%) daripadanya adalah warga Rohingya. Dapatan juga menunjukkan jumlah perkahwinan warga Rohingya di Malaysia, tatacara perkahwinan, mazhab dan kaedah rekod yang digunakan bagi menentukan status perkahwinan, syarat pengesahan perkahwinan jabatan agama Islam negeri (JAIN) mempunyai syarat yang berbeza-beza serta proses 4P (Perintah, Pengesahan, Pendaftaran dan Perkahwinan). Dapatan kajian menunjukkan peranan MUR dalam mengendalikan perkahwinan warga Rohingya. Implikasi daripada kajian ini ialah keperluan kepada penyelarasan antara agensi agama bagi menambah baik dan menyelaras prosedur, perkongsian data, penyelarasan dan penguatkuasaan polisi dan undang-undang berkaitan dokumentasi lengkap bagi perkahwinan dan perceraian. Perlu diberi perhatian isu-isu sosial melibatkan warga Rohingya yang berdepan cabaran menyara kehidupan di Malaysia, peluang pendidikan dan kebajikan anak-anak dan proses dokumentasi anak-anak yang sukar didaftarkan juga masalah kesihatan yang serius. Cadangan agensi dan pemegang taruh yang terlibat agar kerajaan mewujudkan mekanisma dan pangkalan data digital yang khusus untuk mendaftar golongan pendatang asing tanpa izin atau pemegang kad UNHCR. Majoriti agensi mengesyorkan supaya semua urusan pendaftaran diselaraskan menggunakan sistem SPPIM di seluruh negara. Dicadang supaya kerajaan mengiktiraf MUR sebagai badan berdaftar dan kajian lanjutan menyeluruh melibatkan semua warga pelarian.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 4893/114999 |
Uncontrolled Keywords: | Pelarian Rohingya, Perkahwinan, Perceraian, Pendaftaran, Temubual |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh H Social Sciences > H Social Sciences (General) K Law > KBP Islamic Law |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy |
Depositing User: | DR NIK MD SAIFUL AZIZI NIK ABDULLAH |
Date Deposited: | 11 Oct 2024 15:07 |
Last Modified: | 18 Oct 2024 15:23 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114999 |
Actions (login required)
View Item |