IIUM Repository

Prosa terpinggir: esei dari 2004-2021

Mohd Noor Merican, Ahmad Murad (2023) Prosa terpinggir: esei dari 2004-2021. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 978-983-49-3799-7

[img] PDF (Book) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (27MB) | Request a copy

Abstract

Prosa Terpinggir: Esei dari 2004-2021 memuatkan 43 buah tulisan esei Ahmad Murad Merican yang pernah disiarkan menerusi Dewan Masyarakat, Dewan Budaya dan Dewan Sastera; yang telah ditambahbaik dan diperbaiki untuk sebuah penerbitan baharu ini. Semua esei yang pernah diterbitkan digunakan kecuali satu esei. Kolum sulung penulis dalam “Apa Cerita” digunakan sebagai pengganti pengenalan. Kolum bertajuk “Soalan yang Betul dan Kaedah Mencari Budi” digunakan dengan tajuk yang sama disifatkan sebagai Prolog, menyatakan sebab penulis menulis esei-esei yang tersiar itu. Esei sulung penulis di Dewan Sastera bulan Mac 2021 yang bertajuk “Kuasa tidak ketara: Prosa dalam Tradisi Sastera” dianggap sebagai satu rumusan kepada gelombang prosa yang mengharungi persekitaran dan kehidupan kita. Bahawasanya prosa ialah jiwa dan rupa, bagai lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan. Perspektif kita terhadap persekitaran dan alam dicorakkan oleh bentuk dan makna. Penulis telah membahagikan buku Prosa Terpinggir kepada empat bahagian mengikut tema yang dianggap dapat menyatukan ruang cetusan sepanjang 17 tahun kebelakangan ini. Bahagian Satu penulis namakan sebagai “Budi dan Nama” mengambil kira unsur-unsur etnisiti dan bahasa, serta isu-isu sifat dan nama. Bahagian Dua disebut sebagai “Watan dan Abadi”. Bahagian ini memuatkan keperibadian beberapa tokoh dan negara bangsa yang melihatnya sebagai watak-watak di pentas tamadun dan gagasan negara. Bahagian Tiga diberikan nama “Alam dan Sejarah”. Di sini penulis menelusuri beberapa polemik dalam sejarah tanah air serta melihat semula rantau dan alam Melayu. Akhir sekali Bahagian Empat “Kewartawanan dan Surat Khabar” membicarakan tentang surat khabar dan kewartawanan dari imej kewartawanan, surat khabar dan ekspresi masyarakat serta kritikan penulis terhadap ilmu kewartawanan.

Item Type: Book
Additional Information: 9093/114630
Uncontrolled Keywords: Literary Criticism, Malay Essays, Malay Literature, Malaysian Essays
Subjects: D History General and Old World
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H10 Societies
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H51 History
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: PROF. DR. AHMAD MURAD MOHD NOOR MERICAN
Date Deposited: 11 Oct 2024 12:23
Last Modified: 22 Oct 2024 16:01
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114630

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year