IIUM Repository

Kajian rintis rekabentuk dan pembangunan program ‘Micro Credential’ dalam pedagogi bahasa Arab untuk pembelajaran sepanjang hayat di UIAM

Sahrir, Muhammad Sabri and Muhammad, Ilyani Syiham and Mohd Hoiri, Muhammad Hazim Ali and Angga, Saputra and Burhanuddin, Husna and Azmi, Yasmin Iman (2024) Kajian rintis rekabentuk dan pembangunan program ‘Micro Credential’ dalam pedagogi bahasa Arab untuk pembelajaran sepanjang hayat di UIAM. In: International Conference on Languages and Communication (ICLC 2024), 24th - 25th August 2024, Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.

[img] PDF (Full Paper) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Guru dan pendidik bahasa Arab sentiasa memerlukan untuk mengembangkan pengetahuan dan kebolehan pedagogi mereka. Terdapat banyak cara untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas pengajar, termasuk menghadiri seminar, latihan, dan meneruskan pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Disebabkan oleh pelbagai halangan dan batasan, tidak semua daripada mereka dapat meningkatkan kemahiran yang diperlukan. Antara pendekatan terkini untuk meningkatkan kemahiran pembangunan profesional bagi para guru adalah melalui kursus pembelajaran kendiri yang dikenali sebagai kursus pentauliahan mikro atau ‘Micro-Credential’. Justeru, kajian rintis ini dijalankan bagi merekabentuk dan membangunkan Program ‘Micro-Credential’ dalam Pedagogi bahasa Arab untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan perakuan Akademi UIAM (IIUM Academy) kepada tenaga pengajar dan pendidik bahasa Arab yang berhasrat untuk mengembangkan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan mereka dalam aspek pedagogi dan pengajaran. Projek perintis ini mengandungi lapan buah video pembelajaran pendek berkaitan asas pedagogi bahasa Arab, yang berjumlah kira-kira 300 minit masa pembelajaran, lapan unit latihan pembelajaran interaktif dan lapan tugasan penilaian untuk mengukur kemajuan peserta kursus melalui platform Google Classroom beserta beberapa aplikasi e-pembelajaran yang lain. Projek ini dibangunkan berdasarkan model Model Prototaip Rapid yang telah disahkan oleh dua orang pakar sebelum melalui sesi percubaan skala kecil dalam kalangan para guru. Projek ini menyediakan program sijil profesional alternatif bagi meningkatkan profesionalisme kerjaya pendidik bahasa Aran melalui jadual pembelajaran yang fleksibel dan latihan interaktif melalui pemantauan dan bimbingan guru yang berterusan.

Item Type: Proceeding Paper (Slide Presentation)
Additional Information: 3267/114058
Uncontrolled Keywords: Pentauliahan mikro; pedagogi bahasa Arab; pembelajaran dalam talian; pembelajaran kendiri; pembelajaran sepanjang hayat; pembangunan profesional
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Quranic Language Division
Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 26 Aug 2024 14:12
Last Modified: 26 Aug 2024 14:45
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114058

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year