IIUM Repository

Tinjauan persepsi dan motivasi pelajar bukan Muslim terhadap pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab Di UiTM Sabah

Zubir, Muhamad Azhar and Abdul Rahman, Mohamad Hazwan and Sahrir, Muhammad Sabri (2023) Tinjauan persepsi dan motivasi pelajar bukan Muslim terhadap pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab Di UiTM Sabah. International Refereed Journal of Language & Culture, 8 (2). pp. 1-12. ISSN 2180-0006 E-ISSN 2222-6990

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (420kB) | Preview

Abstract

Bahasa Arab sangat sinonim dengan umat Islam sejak sekian lama sebagai bahasa Al-Quran. Dewasa ini, bahasa ini sudah mendapat tempat yang memberangsangkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Minat kepada pembelajaran bahasa Arab sudah merentasi agama, bangsa dan etnik. Penawaran kursus bahasa Arab kepada pelajar bukan Muslim di institusi-institusi pengajian tinggi menjadi petunjuk bahawa pembelajaran bahasa Arab kian menjadi perhatian. Namun begitu, kajian berkaitan pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan Muslim dilihat masih kurang. Justeru, fokus utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi dan motivasi pelajar bukan Muslim terhadap pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing. Perkara ini penting agar usaha memastikan kandungan silibus yang diajar di universiti selari dengan objektif pembelajaran bahasa ini. Kajian kuantitatif digunakan melibatkan 38 orang pelajar di peringkat Sarjana Muda, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kota Kinabalu, Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden menunjukkan motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa asing (M=4.400). Dapatan kajian yang berbeza ditunjukkan apabila melihat kepada motivasi terhadap pembelajaran bahasa Arab yang berada di tahap sederhana tinggi (M=3.935). Manakala persepsi terhadap pengajaran bahasa Arab berada di tahap tinggi (M=4.367). Selain itu, hasil dapatan menunjukkan motivasi pelajar terhadap prospek kerjaya, pelancongan dan perniagaan berada di tahap sederhana tinggi (M=3.600). Beberapa cadangan dan pandangan responden dibincangkan bagi tujuan penambahbaikan proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab pada masa akan datang. Diharap bahawa hasil dapatan ini memberi manfaat kepada universiti, ahli akademik dan orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Persepsi, Motivasi, Bahasa Arab, Pelajar Bukan Muslim, Pengajaran dan Pembelajaran
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Kulliyyah of Education
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 28 Dec 2023 11:31
Last Modified: 28 Dec 2023 11:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/109651

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year