IIUM Repository

Kajian projek pembinaan modul pengajian masjid berstruktur negeri Selangor

Abdul Jalil, Mohd. Noh and Abd Rahman, Shukran and Alias, Majdan and Mamat, Ismail and Al-Akiti, Muhammad Ayman and Elias @ Mayah, Aliza and Ahmad, Che Mahzan (2023) Kajian projek pembinaan modul pengajian masjid berstruktur negeri Selangor. In: Penerbitan Penyelidikan MAIS (Siri 1). Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam, Selangor, Malaysia, pp. 62-81. ISBN 978-983-2381-62-4

[img] PDF (Book Chapter) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (8MB) | Request a copy

Abstract

Masalah sosial yang berkaitan dengan agama dan masyarakat seperti tiada penghujungnya. Setiap hari masyarakat kita dihidangkan dengan pelbagai kes daripada perpecahan institusi keluarga hinggalah keruntuhan akidah. Kes-kes begini memerlukan perhatian serius daripada pihak-pihak berwajib. Masjid sebagai salah satu institusi terpenting mesyarakat Islam perlu terus memainkan peranan mendidik masyarakat. Salah satu program pendidikan yang penting untuk masyarakat adalah melalui kelas-kelas pengajian di masjid. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menumpukan kepada tahap pemahaman dan penerimaan mesyarakat dan seterusnya cadangan pengukuhan program pengajian di masjid-masjid negeri Selangor. Data kajian diperolehi melalui kaedah pensampelan tidak kebarangkalian, secara khususnya teknik “pensampelan bersasar”di dua daerah di dalam negeri Selangor iaitu Sabak Bernam dan Petaling. Daerah-daerah ini dipilih bagi mewakili kawasan luar bandar dan bandar di dalam negeri Selangor. Hasil kajian ini mendapati bahawa masyarakat Islam di negeri Selangor bersetuju untuk memperkasakan lagi kelas-kelas pengajian ini dengan melihat kepada kandungan ilmu yang disampaikan serta cara penyampaian itu sendiri. Jika ia dapat dilaksanakan, ilmu-ilmu Islam dapat disampaikan kepada masyarakat di dalam keadaan yang teratur. Seterusnya, ia dapat menambahkan lagi kefahaman masyarakat terhadap ajaran-ajaran Islam dan dilaksanakan di dalam kehidupan seharian.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Masjid, Selangor, Pengajian, Berstruktur
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP170.3 Missionary work of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP188 Islamic religious life
BPL Islamic education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Assoc Prof Dr. Mohd Noh Abdul Jalil
Date Deposited: 28 Dec 2023 09:34
Last Modified: 28 Dec 2023 15:52
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/109307

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year