IIUM Repository

Kontroversi pembakaran al- Qur’ān: mengapa bukan Taurat atau Injil yang dibakar?

Suleiman, Hassan (2023) Kontroversi pembakaran al- Qur’ān: mengapa bukan Taurat atau Injil yang dibakar? ApaKhabarTV. pp. 1-9.

[img]
Preview
PDF (Full article) - Submitted Version
Download (506kB) | Preview
[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (311kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini mengetengahkan sebuah isu yang sangat pelik dan menghairankan, iaitu peristiwa pengulangan pembakaran Al-Quran di negara Sweden! Sweden merupakan sebuah negara ketiga terbesar dalam Kesatuan Eropah dengan keluasan kawasan (450,295 km2) bersama anggaran penduduk sebanyak 10,215,250 juta, dan Sweden berpaksikan sistem raja berperlembagaan dengan sistem parlimen serta ekonomi yang kukuh. Persoalannya sekarang ialah: bilakah insiden terakhir pembakaran Al-Quran berlaku, dan siapakah yang melakukannya? Pada pagi Rabu, hari pertama Eid al-Adha pada 28 Jun 2023, umat Islam dikejutkan dengan video yang menunjukkan seorang pemuda bernama "Salwan Momika", seorang pelarian berkewarganegaraan Iraq di Sweden yang berketurunan Kristian, beliau mengoyakkan senaskah Al-Quran dan kemudian membakarnya di Masjid Pusat Stockholm, dan ianya berlaku setelah pihak polis Sweden memberinya permit untuk menganjurkan protes berikutan keputusan rasmi daripada pihak kehakiman. Salwan Momika, 37, telah menulis dalam permohonannya kepada pihak polis: "Saya mahu berdemonstrasi mengenai Masjid Besar di Stockholm, dan saya ingin menyatakan pendapat saya tentang Al-Quran... Saya akan mengoyakkan al-Quran dan membakarnya!” Dan adalah sangat menyedihkan apabila pihak polis sendiri telah memberikan maklum balas dalam keputusan yang bertulis: "Mereka telah memberikan keizinan untuk melakukan demonstrasi di mana penganjurnya ingin membakar salinan Al-Quran di luar masjid utama Stockholm”, dan sebagai tindak balas daripada pihak kerajaan Iraq, Kementerian Luar Negeri telah mengeluarkan kenyataan yang mengecam kebenaran pihak berkuasa Sweden untuk berbuat demikian, dan mereka telah memanggil Duta Sweden di Iraq untuk memberikan penerangan serta menuntut agar warga Iraq itu diekstradisi untuk dibicarakan mengikut undang-undang Iraq. Puluhan rakyat Iraq telah terlibat dalam demonstrasi di hadapan kedutaan Sweden di Baghdad sebagai tanda protes terhadap insiden tersebut, mereka menuntut agar duta Sweden diusir.

Item Type: Article (Electronic Media)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh
BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh > BPK36 Islamic law (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H10 Societies
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H51 History
H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HM Sociology > HM1 Sociology (General and theoretical)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr. Hassan Suleiman
Date Deposited: 22 Dec 2023 08:50
Last Modified: 22 Dec 2023 08:50
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/109032

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year