IIUM Repository

Unsur emosi dalam novel Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah Semail = Emotional elements in Cukup Derita Itu by Siti Rosmizah Semail

Idrus, Azean Idruwani and Abdull Asik, Asma Nur Husna (2023) Unsur emosi dalam novel Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah Semail = Emotional elements in Cukup Derita Itu by Siti Rosmizah Semail. Malay Literature, 36 (2). pp. 313-332. ISSN 0128-1186 E-ISSN 2682-8030

[img]
Preview
PDF
Download (319kB) | Preview

Abstract

Dalam penghasilan sesebuah karya sastera, pengarang ghalibnya menggunakan unsur emosi sebagai medium utama untuk menyampaikan mesej, idea dan pandangan dunia tentang penulisannya. Emosi yang terdapat dalam diri manusia merupakan unsur naluri semula jadi manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Unsur emosi ini berfungsi dan bertindak dalam fikiran pembaca apabila membaca sesebuah karya sastera. Rentetan itu, kajian ini memfokuskan unsur emosi yang terdapat pada watak dalam novel Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah Semail dengan engaplikasikan teori rasa-fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz (1998) untuk menyokong kritikan dan analisis teks dengan lebih tersusun. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif di bawah analisis deskriptif berpusatkan teks. Hasil analisis mendapati terdapat tiga unsur emosi yang diketengahkan dalam novel Cukup Derita Itu, iaitu emosi duka, berahi dan benci yang memberikan kesan pada watak. Emosi-emosi ini muncul akibat peristiwa yang dialami oleh watak. Implikasi daripada kajian ini merumuskan emosi duka, berahi dan benci yang tidak terkawal mampu mengubah tingkah laku seseorang. Kajian juga menunjukkan bahawa emosi merupakan sesuatu yang kompleks kerana perwatakan luaran sesorang tidak semestinya mencerminkan emosi yang sedang dialaminya

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Unsur, emosi, teori rasa-fenomenologi, novel, Cukup Derita Itu, sastera Melayu
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 29 Nov 2023 08:52
Last Modified: 29 Nov 2023 09:05
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/108411

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year