Idrus, Azean Idruwani and Abdull Asik, Asma Nur Husna
  
(2023)
Unsur emosi dalam novel Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah Semail = Emotional elements in Cukup Derita Itu by Siti Rosmizah Semail.
    Malay Literature, 36 (2).
     pp. 313-332.
     ISSN 0128-1186
     E-ISSN 2682-8030
  
  
  
  
  
    
  
    
      
      
    
  
  
    
  
  
    Abstract
    Dalam penghasilan sesebuah karya sastera, pengarang ghalibnya menggunakan unsur emosi sebagai medium utama untuk menyampaikan mesej, idea dan pandangan dunia tentang penulisannya. Emosi yang terdapat dalam diri manusia merupakan unsur naluri semula jadi manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Unsur emosi ini berfungsi
dan bertindak dalam fikiran pembaca apabila membaca sesebuah karya sastera. Rentetan itu, kajian ini memfokuskan unsur emosi yang terdapat pada watak dalam novel Cukup Derita Itu karya Siti Rosmizah Semail dengan  engaplikasikan teori rasa-fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz (1998) untuk menyokong kritikan dan analisis teks dengan lebih tersusun. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif di bawah analisis deskriptif berpusatkan teks. Hasil analisis mendapati terdapat tiga unsur emosi yang diketengahkan dalam  novel  Cukup  Derita  Itu, iaitu emosi duka, berahi dan benci yang  memberikan  kesan  pada  watak.  Emosi-emosi  ini  muncul akibat  peristiwa  yang  dialami  oleh  watak.  Implikasi  daripada  kajian  ini merumuskan emosi duka, berahi dan benci yang tidak terkawal mampu mengubah tingkah laku seseorang. Kajian juga menunjukkan bahawa emosi merupakan sesuatu yang kompleks kerana perwatakan luaran sesorang tidak semestinya mencerminkan emosi yang sedang dialaminya
  
  
  
  
  
    Actions (login required)
    
    
      
        |  | View Item |