IIUM Repository

Kewujudan al-kulliyyāt di sisi Ibnu Taimiyyah dan kesannya terhadap teologi falsafah beliau: kajian terhadap isbat sifat Allah

Sobri, Muhammad Asrie and Titeh, Mohd Sharuddin and Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi (2023) Kewujudan al-kulliyyāt di sisi Ibnu Taimiyyah dan kesannya terhadap teologi falsafah beliau: kajian terhadap isbat sifat Allah. In: Seminar Antarabangsa Ilmu Wahyu dan Turath Ke 5 (SIWAT-5), 19th-20th Oktober 2023, Bangi, Selangor. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (569kB) | Request a copy

Abstract

Ibnu Taimiyyah telah memberikan perhatian penuh berkenaan isu al-kulliyāāt ini dalam perdebatan teologi beliau dan menganggap isu tersebut antara asas penyimpangan dalam persoalan sifat-sifat Allāāh di sisi Ahli Kalāām dan Falsafah. Dalam kajian ini, menjadi objektif para pengkaji meneliti sejauh mana status ontologi al-kulliyāāt di sisi Ibn Taimiyyah mempengaruhi metodologi beliau dalam mengisbatkan sifat-sifat Allāāh S.W.T. Metode Kualitatif berasaskan analisa teks-teks Ibnu Taimiyyah menerusi karya beliau yang utama seperti: Dar’u al-Ta‘aruḍ bayna al-‘Aqli wa al-Naqli dan Bayāān Talbīīs Al-Jahmiyyah, di mana beliau mengkritik Ahl Falsafah Islam dan Ahli Kalāām Sunni telah digunakan dalam melaksanakan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan Ibnu Taimiyyah menolak teori Realisme, namun tidak juga mengambil pendekatan Nominalisme dalam masalah ini, sebaliknya beliau menegaskan al-kulliyāt hanyalah hasil abstraksi ‘aqal (wujūd zihnīī), sedangkan wujūd realiti hanyalah kewujudan konkrit di luar ‘aqal yang boleh dicapai pancaindera, maka sifat-sifat Allāāh yang terdapat persamaan nama dengan sifat-sifat makhluk tidak membawa implikasi antropomorfisme kerana setiap sifat itu adalah khusus bagi zat, tidak ada sebarang perkongsian pada ciri-ciri khusus antara dua benda yang mempunyai penamaan sifat yang sama, hanya berlaku perkongsian pemahaman makna asas sahaja yang membolehkan sesuatu pernyataan difahami pada ‘aqal. Hasil kajian ini diharap menyumbang lagi kepada pencerahan berkenaan pemikiran Ibnu Taimiyyah dan membetulkan beberapa tanggapan salah terhadap manhaj beliau dalam ‘aqīīdah dan seterusnya membina perbincangan yang lebih harmoni antara aliran-aliran teologi dalam kalangan Umat.

Item Type: Proceeding Paper (Other)
Uncontrolled Keywords: Universals, Ontologi, Metafizik, Epistemologi, Teolog
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP250 Schools of thought. Islamic legal schools. Madhahib
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Kulliyyah of Education
Depositing User: DR NIK MD SAIFUL AZIZI NIK ABDULLAH
Date Deposited: 06 Nov 2023 15:21
Last Modified: 06 Nov 2023 15:21
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/107768

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year