IIUM Repository

Teruskan lima rutin Ramadan

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2023) Teruskan lima rutin Ramadan. Utusan Malaysia, Gaya (Agama) (26 April 2023). p. 23. ISSN 2716-6694

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

"Aduhai Ramadhan sudah berlalu. Benarlah Ramadan cuna beberapa hari sahaja bukan sebulan!" Dalam ayat yang mengangkat puasa sebagai rukun Islam 3, Allah tidak menyatakan puasa itu sebulan sebaliknya hanya beberapa hari sahaja (Al-Baqarah 2:183-184). Apa hikmahnya? Antaranya Allah mahu kita berasa ringan untuk melakukan puasa. Seolah diucapkan Allah "puasa itu tak lama, hanya beberapa hari sahaja." Sedar tak sedar, kita sudah berada pada 5 Syawwal ketika rencana ini dibaca anda semua. Benar sekali sabda Nabi, kelajuan masa berlalu menjadi antara tanda kiamat: لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ وَيَكُونُ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ Ertinya: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah masa menjadi singkat, setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan satu jumaat, jumaat bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam, dan satu jam bagaikan api yang membakar daun kurma (Sunan al-Tirmidhi). Memang Ramadhan sangat dirindui orang beriman. Kesedihan berlalunya bulan bonus istimewa ramadhan wajib diterima dengan hati terbuka. Kesedihan itu bukan hanya diratap tetapi dikenang dengan meneruskan berbagai amalan yang kita isi sepanjang Ramadhan. Dalam rencana ini penulis mencadangkan agar 5 ibadat utama Ramadan baru-baru ini diteruskan pecutannya. Pastikan langkah terus mengalir walaupun alirannya tidak sederas semasa kita berada dalam Ramadhan. Antara hikmahnya kita mahu memastikan stamina ibadah kita kekal kuat sepanjang tahun.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/104543
Uncontrolled Keywords: Ramadhan, fasting month, baca Al-Qur'an, sedekah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP176 The five duties of a Moslem. Pillars of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP188 Islamic religious life
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 02 May 2023 09:16
Last Modified: 02 May 2023 09:16
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/104543

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year