IIUM Repository

Tegak keadilan persekutuan dalam perpaduan

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2022) Tegak keadilan persekutuan dalam perpaduan. Utusan Malaysia (Gaya (Agama)). p. 26.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (745kB) | Request a copy

Abstract

“Keadilan seumpama tiang yang menegakkan alam. Kegagalan menegakkan keadilan secara menyeluruh boleh meruntuhkan alam. Lihat sahaja bagaimana sebuah empayar hebat boleh tumbang apabila pemimpinnya rakus bertuhankan nafsu.” Benar! Keadilan sangat penting dalam segenap sudut hidup manusia. Bahkan ia dijulang tinggi oleh Islam melalui berbagai arahan Allah (al-Nisa’ 4:58 & al-Nahl 16:90). Penegakan keadilan bukan sahaja menjamin kestabilan hidup berpanjangan, ia juga mampu membaiki yang rosak serta mengharumkan nama. Pernah seorang teman yang juga peguam mengucapkan rasa syukur berikutan perubahan system kehakiman negara selepas berlaku Tsunami politik dalam PRU ke 14 dahulu. Menurutnya sebelum itu, system keadilan negara selalu menjadi bahan lawak dan cemuhan kerana “tiangnya” selalu digegar oleh sesetengah orang politik yang rakus. Pasca pengumuman kabinet baharu oleh Perdana Menteri ke 10 Datok Seri Anwar Ibrahim, mengundang berbagai respons. Apa yang pasti tiada yang sempurna di dunia ini. Yang menyokong akan sentiasa memuji melangit manakala yang tidak sebulu akan sentiasa mengkritik. Pun begitu, kritik anda biarlah objektif, beradab dan membina kerana teguran sinis bersulam sindir sukar diterima. Lalu matlamat menegur yang silap tak akan mencapai maksud. Jaga akhlak Islam dalam menegur kerana syaitan sentiasa mengintai peluang untuk mengeruhkan situasi pihak yang berselisih pandangan: وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا Ertinya: Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-Ku (yang beriman), “Supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kerana) sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (akibat cetusan kata-kata yang tidak baik); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia” (al-Isra’ 17:53). ....

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/101732
Uncontrolled Keywords: keadilam, politik, Malaysia, Kerajaan Persekutuan
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia > JQ1062 Public Administration in Malaysia
J Political Science > JQ Political institutions Asia > JQ1758 Public Administration -Religious Aspects - Islam
J Political Science > JQ Political institutions Asia > JQ715 Politics and Government in Malaysia
J Political Science > JS Local government Municipal government
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 07 Dec 2022 16:15
Last Modified: 07 Dec 2022 16:19
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101732

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year