Ismail, Wazzainab and Muhammad, Ilyani Syiham and Rosnan, Farah Nur-Rashida and Idris, Rohaida
(2026)
Rifqan bil qawarir (berlembut dengan wanita) contoh isti‘ārah ilmu bayan bahasa Arab: kajian refleksi keinsanan dan kelestarian.
In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan kali ke-11 (PASAK11 2026), 9-10 June 2026, Royal Park Hotel, UNITEN.
Abstract
Isu wanita jelas memenuhi ruang media dengan pelbagai konflik dan cabaran. Terdapat juga pencapaian wanita yang cemerlang dan hebat. Maka kajian ini akan memperlihat hubungan ilmu bahasa Arab dan keunikan wanita. Ilmu balaghah adalah sebahagian daripada cabang ilmu bahasa Arab yang terbahagi kepada ilmu nahu, sorof dan balaghah. Ilmu bayan merupakan salah satu cabang utama dalam balaghah bahasa Arab yang menumpukan kepada keindahan makna melalui pelbagai gaya bahasa seperti tasybih, majaz dan isti‘ārah. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan contoh isti‘ārah rifqan bil qawarir (berlembut dengan botol-botol kaca iaitu wanita) dalam konteks refleksi keinsanan dan kelestarian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis teks daripada hadis, sastera Arab dan artikel yang berkaitan. Dapatan menunjukkan bahawa isti‘ārah bukan sahaja memperindah bahasa, malah mampu menyampaikan nilai kemanusiaan dan kesedaran terhadap alam sekitar secara lebih mendalam dan berkesan. Selain itu, dewasa kini wanita sangat berperanan dalam hal kerjaya dan juga keluarga. Justeru, usaha menyantuni dan membimbing wanita merupakan suatu keperluan yang wajar diberi perhatian serius.
Actions (login required)
 |
View Item |