Mohd Tarmizi, Nur Farhana and Kamarudin, Nurul Karmila and Rusni, Suhaila
(2026)
Mosquitofish (Gambusia affinis): wira kawalan nyamuk atau ancaman kepada biodiversiti?
Majalah Sains, NA (NA).
pp. 1-5.
E-ISSN 2682-8456
Abstract
Mosquitofish atau nama saintifiknya Gambusia affinis merupakan spesies ikan air tawar yang berasal dari kawasan Amerika Utara. Spesies ini telah diperkenalkan ke pelbagai negara di seluruh dunia kerana keupayaannya memburu larva nyamuk di kawasan takungan air. Dari segi fizikal, mosquitofish mempunyai saiz yang kecil dengan panjang badan sekitar 3 hingga 6 sentimeter. Ikan betina biasanya bersaiz lebih besar berbanding ikan jantan. Badannya berwarna perak hingga hijau pucat, membolehkannya menyesuaikan diri dengan persekitaran air tempat ia hidup. Walaupun bersaiz kecil, mosquitofish mempunyai keupayaan adaptasi yang tinggi. Ikan ini mampu bertahan dalam pelbagai keadaan persekitaran termasuk perubahan suhu air dan kawasan yang mempunyai kandungan oksigen rendah. Keupayaan ini menjadikan mosquitofish mudah hidup dan membiak dalam persekitaran yang berbeza. Ciri utamanya terletak pada tabiat pemakanan yang agresif di permukaan air. Selain jentik-jentik, ikan ini juga merupakan pemangsa semula jadi kepada pelbagai organisma kecil akuatik.
Actions (login required)
 |
View Item |