IIUM Repository

Mosquitofish (Gambusia affinis): wira kawalan nyamuk atau ancaman kepada biodiversiti?

Mohd Tarmizi, Nur Farhana and Kamarudin, Nurul Karmila and Rusni, Suhaila (2026) Mosquitofish (Gambusia affinis): wira kawalan nyamuk atau ancaman kepada biodiversiti? Majalah Sains, NA (NA). pp. 1-5. E-ISSN 2682-8456

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Mosquitofish atau nama saintifiknya Gambusia affinis merupakan spesies ikan air tawar yang berasal dari kawasan Amerika Utara. Spesies ini telah diperkenalkan ke pelbagai negara di seluruh dunia kerana keupayaannya memburu larva nyamuk di kawasan takungan air. Dari segi fizikal, mosquitofish mempunyai saiz yang kecil dengan panjang badan sekitar 3 hingga 6 sentimeter. Ikan betina biasanya bersaiz lebih besar berbanding ikan jantan. Badannya berwarna perak hingga hijau pucat, membolehkannya menyesuaikan diri dengan persekitaran air tempat ia hidup. Walaupun bersaiz kecil, mosquitofish mempunyai keupayaan adaptasi yang tinggi. Ikan ini mampu bertahan dalam pelbagai keadaan persekitaran termasuk perubahan suhu air dan kawasan yang mempunyai kandungan oksigen rendah. Keupayaan ini menjadikan mosquitofish mudah hidup dan membiak dalam persekitaran yang berbeza. Ciri utamanya terletak pada tabiat pemakanan yang agresif di permukaan air. Selain jentik-jentik, ikan ini juga merupakan pemangsa semula jadi kepada pelbagai organisma kecil akuatik.

Item Type: Article (Magazine)
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-Being (PLANETIIUM)
Depositing User: Dr. Suhaila Rusni
Date Deposited: 18 Aug 2026 15:21
Last Update: 18 Aug 2026 15:21
Queue Number: 2026-08-Q4795
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130869

Actions (login required)

View Item View Item